Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Persembahan SMK St Francis Xavier Pukau Penonton

By 13 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zuraidah Ahmad/ Volintine Jiloh (Kota Kinabalu) 

KENINGAU, 13 Sept (Malaysiaaktif) – Persembahan seni tari oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis Xavier Keningau yang menjulang nama Malaysia pada Pertandingan Eurasia International Folklore di Istanbul, Turki tahun lalu, hari ini memukau perhatian penonton.

Mengekalkan tarian yang sama, 14 pelajar menerusi dua persembahan tarian tradisi lengkap kostum etnik Murut gah di atas pentas pada Majlis Lawatan Amal Bersama Institusi Kebajikan sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Tahun 2019, di Dewan Masyarakat Keninagu, pada Khamis.

Guru pengiring, Ramlah Mohd Adwan yang ditemui berkata kumpulan penari itu terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5.

“Pada hari ini, 14 pelajar kita bawakan khusus untuk persembahan majlis ini dan kita mengekalkan tarian yang lama bagi mengelakkan tumpuan pelajar terjejas memandangkan peperiksaan PMR semakin hampir.

Toh Puan Norlidah (kiri) tertarik dengan gemalai tarian yang dipersembahkan oleh para pelajar SMK St Francis Xavier.

Toh Puan Norlidah (kiri) tertarik dengan gemalai tarian yang dipersembahkan oleh para pelajar SMK St Francis Xavier.

“Mereka ini merupakan sebahagian daripada ahli kelab kebudayaan sekolah yang kita tubuhkan sejak 1987 lagi, cuma kecemerlangan kelab semakin terserlah apabila dijadikan anak-anak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah pada tahun 2017.

“Kita banyak menerima galakan, tunjuk ajar dan juga sokongan daripada JKKN Sabah sehingga ke tahap sekarang.

“Kita juga berharap momentum ini akan berterusan dan lebih terbilang di peringkat antarabangsa demi Sayangi Malaysiaku,” ujarnya dengan penuh bangga. 

Pada November 2018, SMK St Francis Xavier Keningau menjuarai Kategori Koreografi Terbaik dan Anugerah Khas Juri bagi Tarian Mamaliab serta memenangi Kategori Harmanfolk.

Pada majlis pagi tadi, Ramlah ditemani dua lagi guru pengiring, Karen Ho dan Jenifer P. membawa pelajar-pelajar mereka membuat persembahan di hadapan tetamu kehormat iaitu isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

ER

Tinggalkan komen anda