Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Latihan Berterusan Tingkatkan Kemahiran Dan Kecekapan Anggota Kesihatan

By 23 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Nurazreen Bt Abd Rahman (Seberang Perai Utara)

BERTAM, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kepala Batas telah menganjurkan Program Basic Life Support untuk pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Bertam. Seramai 82 peserta telah menyertai program 2 hari ini yang  bermula pada 20 September 2019 di ILKKM.

Program ini telah dikendalikan oleh Pakar Perubatan Kecemasan & Ketua Jabatan,  Jab. Kecemasan dan Trauma, Hospital Kepala Batas, Dr. Suhaida Hanis bt Johani. Seramai 14 orang fasilitator yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih dari pelbagai jabatan turut membantu dalam menjayakan program ini.

Di antara tenaga pengajar kursus

Di antara tenaga pengajar kursus

Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta berkaitan dengan kepentingan tindakan pantas semasa berlaku kecemasan. Kursus ini juga memberikan kefahaman kepada anggota supaya dapat meningkatkan daya bertindak dengan cepat dalam merancang, menganalisa dan meramal situasi kecemasan yang berbeza. Melalui program sebegini, semangat kerja berpasukan dapat dipupuk dan diterapkan dikalangan peserta selaras dengan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di antara teknik dan rawatan yang perlu dipelajari

Di antara teknik dan rawatan yang perlu dipelajari

Menurut Mohd Zamri Bin Ab Wahid, 43 tahun selaku penyelaras program berkata “Ini adalah program bersifat komuniti yang mana ia sebenarnya penting bukan sahaja kepada anggota kesihatan tetapi juga bagi semua masyarakat untuk mengetahui teknik melakukan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dengan betul.” Tambah beliau, “Pihak kami mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang berminat untuk mengadakan program sebegini,” katanya ketika ditemui. Beliau juga berharap  program sebegini akan diteruskan lagi dan dipanjangkan kepada semua golongan masyarakat.

-II-

Tinggalkan komen anda