Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tunku Mahkota Johor Rasmi Ibu Pejabat JDT

By 4 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)

ISKANDAR PUTERI, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim Pemangku Raja Johor hari ini merasmikan pembukaan bangunan Ibu Pejabat Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dibina bersebelahan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, bangunan setinggi empat tingkat tersebut dibina di atas tanah berkeluasan 2,200 meter persegi dan akan menempatkan pejabat pengurusan tertinggi JDT, pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan pejabat Southern Tigers Sdn Bhd.

Ibu Pejabat JDT dilengkapi pelbagai kemudahan berteknologi canggih seperti paparan skrin televisyen mega-LED yang menyiarkan detik-detik istimewa JDT.

Ibu Pejabat JDT dilengkapi pelbagai kemudahan berteknologi canggih seperti paparan skrin televisyen mega-LED yang menyiarkan detik-detik istimewa JDT.

Kenyataan itu juga menyebut, antara ciri-ciri moden yang melengkapi  bangunan ini ialah paparan skrin televisyen mega-LED yang menyiarkan detik-detik istimewa JDT, ruangan menunggu yang eksklusif dan bilik seminar dengan kelengkapan teknologi yang canggih.

Kesemua pejabat di Ibu Pejabat JDT ini juga akan mempunyai pemandangan yang menarik iaitu menghadap Stadium Sultan Ibrahim yang bakal siap dibina tidak lama lagi.

Ibu Pejabat JDT dibina bersebelahan Stadium Sultam Ibrahim di Iskandar Puteri yang bakal siap tidak lama lagi.

Ibu Pejabat JDT dibina bersebelahan Stadium Sultam Ibrahim di Iskandar Puteri yang bakal siap tidak lama lagi.

Pembukaan Ibu Pejabat JDT ini akan menjadi satu lagi penanda aras buat kelab yang ditubuhkan sejak tahun 2013 itu lagi.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim.

-NI-

Tinggalkan komen anda