Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Usahawan Bumiputera dan Peranan Komuniti Sebagai Tunjang Pembangunan

By 4 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ramasamy Amas/Siti Noorezrin Mahmod (Jempol)

JEMPOL, 4 Sep (Malaysiaaktif) ā€“ Dengan kos keseluruhan kira-kira RM2 juta, bangunan Kedai Desa yang dibina oleh Perbadanan Pembangunan Bandar atau lebih dikenali sebagai Urban Development Authority (UDA) telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Jempol dalam satu majlis yang diadakan Isnin lalu.

Majlis penyerahan kunci olok-olok tersebut telah disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru merangkap Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bahau Teo Kok Seong, ketika beliau merasmikan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Percuma dan Pelancaran Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Daerah Jempol.

Kok Seong ketika ditemui berkata kerajaan negeri berusaha untuk mewujudkan pembangunan yang seimbang walau dimana sahaja terutamanya di bahagian Jempol Timur.

ā€œKita sangat menggalakkan pembangunan kedai desa seperti ini bagi menarik lebih ramai usahawan membantu membangunkan daerah ini,ā€ ujarnya.

Bangunan yang dilengkapi dengan 12 Lot Kedai dua tingkat bersaiz 20×70 kaki ini telah mula dibina pada awal tahun 2018 dan diserahkan kepada Majlis Perbandarahan Jempol bagi diselaraskan untuk membantu kumpulan sasar iaitu bumiputera yang ingin berniaga di kawasan bandar.

WhatsApp Image 2019-09-03 at 16.41.00

Kok Seong menanam pokok sempena Pelancaran Hari Perancangan Bandar

Dalam masa yang sama, Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) turut dilancarkan dan Jempol merupakan daerah yang pertama di negeri ini yang telah melaksanakan siri Jelajah Hari Perancangan Bandar Sedunia yang bakal disambut pada 19 Oktober ini di Seremban 2.

Dengan slogan ā€œMenghijaukan Bandar Mensejahterakan Negeriā€ dan tema ā€œGreen and Community; Together is Betterā€, program ini memberi tumpuan peranan komuniti dalam membangunkan bandar melalui program penanaman pokok. Justeru, Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) telah menanam 20 batang pokok sebagai tanda sokongan kerajaan kepada sambutan HPBS pada tahun ini.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol Raja Norazli Raja Nordin, program penanaman pokok sperti ini dapat menyemarakkan semangat masyarakat dalam menghijaukan Bandar Jempol.

ā€œMelalui pendekatan seperti program ini, ia juga dapat memupuk semangat perpaduan disamping mensejahterakan Negeri Sembilan kearah negeri hijau,ā€ katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Daerah Jempol Mas Midyawan Yahya dan Pengarah Plan Malaysia@Negeri Sembilan Khairuzaman Ibrahim.

-AK

Tinggalkan komen anda