Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

700 Jayakan Larian Amal SAGA Keningau 2019

By 14 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Mahathir Abdul Halif (Keningau)

KENINGAU, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 700 orang sekitar Keningau menyertai Larian Amal Sukan Sabah (SAGA) 2019 Daerah Keningau yang berlangsung di Kompleks Sukan Keningau, pada Sabtu.

Program anjuran Jawatankuasa Gabungan Badan Sukan Daerah Keningau telah disempurnakan pengerusinya, Rafie Robert.

Menurut Rafie, program tersebut diadakan adalah sebagai usaha untuk mengumpul dana bagi membiayai perbelanjaan pengurusan atlit daerah Keningau yang akan menyertai pelbagai acara sempena SAGA 2019 yang akan diadakan pada 7 hingga 14 Disember ini.

Rafe menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta

Rafe menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta

“Pada tahun ini daerah Keningau akan menjadi tuan rumah kepada temasya sukan dwi tahunan ini dan usaha ini diambil sebagai langkah untuk menampung dana kepada persediaan pengurusan jurulatih dan pegawai sukan serta keperluan atlit daerah ini,” jelas beliau.

Hadir sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Keningau, Madlee Mason serta Pengerusi Kelab Belia Keningau, Syafiee Ludi.

ER

Tinggalkan komen anda