Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

38 Peserta Jayakan Program Remaja Sihat, Nabawan Onsoi

By 14 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Asmidar Zainol (Nabawan)

NABAWAN, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 38 peserta menjayakan Program Remaja Sihat, Nabawan Onsoi anjuran Balai Polis Nabawan, sempena Bulan Sukan Negara (BSN).

Ketua Balai Polis Nabawan, Sarjan Mejar Mandawang Simbaul berkata, program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Nabawan sempena dengan sambutan BSN yang dilancarkan pada 1 Oktober lepas.

Para peserta melakukan aktiviti pemanasan badan

Para peserta melakukan aktiviti pemanasan badan

“Walaupun berada di pedalaman, kita juga mahu bersama-sama mengambil bahagian memeriahkan sambutan BSN dengan mereka di bandar-bandar besar.

“Pada hari ini, kita mengadakan program kecerdasan iaitu ‘Program Remaja Sihat, Nabawan Onsoi’ di mana para peserta dibawa mendaki Bukit Kakuom.

MULA...Para peserta mengambil gambar kenangan sebelum memulakan pendakian

MULA…Para peserta mengambil gambar kenangan sebelum memulakan pendakian

“Mereka ini terdiri daripada anggota dari Balai Polis Nabawan, warga Pejabat Penerangan Daerah Nabawan, ahli-ahli Kadet Polis serta guru-guru pengiring daripada SMK Nabawan 1 dan SMK Nabawan 2.

“Selain itu, sesuai dengan konsep Polis dan masyarakat berpisah tiada, program ini menjadi wadah untuk pihak polis mendekati golongan muda,” ujarnya pada Sabtu.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Nabawan, Asmidar Zainol menjelaskan di samping menggalakkan gaya hidup sihat, kerjasama tersebut juga dapat mengeratkan silaturahim serta kerjasama dengan masyarakat setempat.

BERJAYA... Para peserta merakamkan gambar kenangan setelah berjaya sampai di puncak Bukit Kakuom.

BERJAYA… Para peserta merakamkan gambar kenangan setelah berjaya sampai di puncak Bukit Kakuom.

Untuk rekod, BSN yang dilancarkan pada 1 Oktober, menyasarkan penyertaan 5 juta penyertaan seluruh negara, merangkumi pelbagai acara sukan di peringkat daerah dan negeri.

Penganjuran aktiviti sukan memberi penekanan penganjuran sukan dengan tiga elemen iaitu murah, mudah dan dapat menarik penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan, selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara sukan menjelang 2020.

ER

Tinggalkan komen anda