Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajaya

Bahagian Perlesenan APAD Beroperasi Di Lokasi Baharu

By 30 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Haji Yosri Abu Mahsin (PRO APAD)

 

KUALA LUMPUR,  30 Okt (Malaysiaaktif) –  Bahagian Pelesenan,  Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah memulakan operasi di Aras Bawah  Kompleks Menara Tun Ismail Mohd Ali,  di Jalan Raja Laut di sini mulai semalam, 29 Oktober 2019. Pejabat ini sebelum ini beroperasi di Kelana Jaya.

 

Agensi Pengangkutan Awam Darat adalah agensi  dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Orang ramai mula berurusan di  Bahagian Pelesenan Agensi Pengangkutan Awam Darat semalam

Orang ramai mula berurusan di Bahagian Pelesenan Agensi Pengangkutan Awam Darat semalam.

 

Ia bertanggungjawab merancang dan menentukan dasar, program dan strategi berkaitan pengangkutan awam darat bagi meringankan sistem pengangkutan awam negara.

Orang ramai mengalu-alukan perpindahan premis Bahagian Perlesenan APAD kerana ia lebih memudahkan mereka berurusan.

Orang ramai mengalu-alukan perpindahan premis Bahagian Perlesenan APAD kerana ia lebih memudahkan mereka berurusan.

 

Agensi ini juga bertanggungjawab menentukan dasar dan merancang perkhidmatan rel, bas dan teksi serta pengangkutan barangan melalui rel dan jalan raya.

 

Orang ramai yang ditemui mengalu-alukan perpindahan pejabat tersebut dari Kelana Jaya ke Kuala Lumpur kerana lokasi ini dirasakan lebih sesuai dan mudah untuk berurusan.

 

-AO

Tinggalkan komen anda