Laporan/ foto: Azimee Bin Abdullah (Daerah Barat Daya)
BAYAN BARU, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Kekurangan yang dialami orang kurang upaya (OKU) tidak mematahkan semangat mereka untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal dan bersukan pada program Sepakat Komuniti anjuran Komuniti Harapan Malaysia Bayan Baru bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Permatang Damar Laut pada hari sabtu yang lepas.
Pelbagai program dan aktiviti telah disusun atur bagi menjayakan program tersebut. Antaranya adalah zumba, acara sukaneka dan treasure hunt.
Pada program itu juga, pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Bayan Baru hadir bagi menjalankan demontrasi memadam kebakaran dan juga fire drill.
Program ini telah dirasmikan oleh Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru yang turut menyampaikan sumbangan pakaian kepada pelajar OKU ini.
Sim Tze Tzin berharap program menyantuni golongan OKU ini diteruskan agar mereka tidak tersisih dari masyarakat.
-II-