Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

KPLB Sabah Salur Peruntukan RM116,000 kepada Kampung Sejahtera Samparita Laut

By 26 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marryan Razan (Kota Kinabalu)

KOTA MARUDU, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menyalurkan peruntukan pembangunan berjumlah RM116,000 bagi penyediaan tapak perumahan baru dan penyusunan pembangunan infrastruktur Kampung Sejahtera di Kampung Samparita Laut.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, ia merupakan sebahagian daripada projek pembangunan luar bandar yang dipohon oleh penduduk kampung berkenaan yang dimasukkan dalam pelaksanaan Program Kampung Sejahtera KPLB Sabah.

Ewon dan rombongan ketika melawat Kg.Samparita Laut.

Ewon dan rombongan ketika melawat Kg.Samparita Laut.

Katanya, daripada jumlah peruntukan itu sebanyak RM16,000 adalah untuk membina kelengkapan tambahan bilik air dan tandas dewan serbaguna kampung berkenaan.

Beliau turut mengumumkan kelulusan projek kecil Kampung Samparita Laut untuk dilaksanakan di bawah Program Kampung Sejahtera tahun hadapan bagi projek pendawaian elektrik dewan serbaguna dan membina laluan dan tangga konkrit menuju dewan itu.

Ewon bersalaman dengan penduduk kampung Samparita Laut.

Ewon bersalaman dengan penduduk kampung Samparita Laut.

“Kita juga melawat rumah-rumah di kampung ini yang disyorkan untuk dibantu di bawah Program Rumah Sejahtera Sabah dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah KPLB Persekutuan tahun depan.

“Berdasarkan tinjauan saya sendiri di rumah-rumah berkenaan, ketua isi rumah itu memang layak untuk mendapatkan Rumah Sejahtera Sabah atau PPRT, tapi ada beberapa keperluan teknikal lain yang perlu dimuktamadkan agar mereka disenaraikan dalam e-kasih sebelum kita dapat memberikan bantuan rumah kepada mereka,” katanya.

Ewon meninjau gereja Kg Samparita Laut yang perlu pembaikan.

Ewon meninjau gereja Kg Samparita Laut yang perlu pembaikan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Kampung Samparita Laut, Gerakan Desa Wawasan (GDW) Kampung Tingkalanon dan merasmikan Pesta Moginakan di Kampung Gana Kota Marudu, di sini, pada Khamis.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian turut bersimpati dengan masalah jalan raya yang dihadapi penduduk Kampung Samparita Laut dan berharap KPLB Persekutuan dapat mencari jalan penyelesaian bagi membantu penduduk kampung.

Ewon melawat rumah penduduk kampung yang perlukan pembaikan dan perhatian kerajaan.

Ewon melawat rumah penduduk kampung yang perlukan pembaikan dan perhatian kerajaan.

“Jalan Samparita ini terletak di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), saya difahamkan oleh Timbalan Pengarah KPLB Persekutuan dan pegawai JKR yang turut serta dalam lawatan ini bahawa Jalan Samparita sudahpun dimasukkan dalam senarai pelaksanaan Rolling Plan ke-4, Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

“Saya amat berharap dalam kunjungan seterusnya ke kampung ini, jalan raya yang begitu mencabar ini sudah dinaiktaraf,” katanya.

Keadaan jalan raya ke Kg. Samparita Laut yang perlukan perhatian kerajaan.

Keadaan jalan raya ke Kg. Samparita Laut yang perlukan perhatian kerajaan.

Kampung Samparita Laut mempunyai 66 rumah yang didiami kira-kira 260 penghuni yang merupakan antara kampung yang dimasukkan dalam Program Kampung Sejahtera di bawah KPLB Sabah.

Dalam lawatan singkat Ewon di GDW Kampung Tingkalanon, beliau turut dibawa meninjau beberapa masalah di kawasan kampung itu termasuk kerosakan bangunan bilik gerakan, perparitan dan rumah-rumah yang memerlukan pembaikpulihan.

Ewon berbincang bersama Anita dan para pegawai yang mengikuti lawatan ke Kg. Samparita Laut.

Ewon berbincang bersama Anita dan para pegawai yang mengikuti lawatan ke Kg. Samparita Laut.

Sementara itu, di Kampung Gana, Ewon mengumumkan pembinaan Pusat Keusahawanan Desa untuk kegunaan penduduk kampung membuat kraftangan dan akan memberikan geran RM10,000 daripada peruntukan touchpoints menteri setiap tahun bagi membolehkan mereka menganjurkan pesta itu setiap tahun.

Turut serta dalam lawatan itu Adun Tandek, Datuk Anita Baranting; Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Fredian Gan; Timbalan Pengarah KPLB Persekutuan, Christnie Alus; Pegawai Daerah Kota Marudu, Arnold Joibi; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Suzie Salapan dan para pemimpin masyarakat setempat.

ER

Tinggalkan komen anda