Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

FPSK (UMS) Adakan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan dengan Pasukan HQE

By 12 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) akan terus mempergiat interaksi erat melalui sukan bersama agensi perubatan kerajaan dan swasta.

Usaha tersebut antara lain bagi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang perubatan di peringkat universiti.

INTERAKSI ERAT ... Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan(UMS) bersama pasukan Klinikal Hospital Queen Elizabeth(HQE) merakam gambar kenangan sebelum perlawanan dilangsungkan.

INTERAKSI ERAT … Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan(UMS) bersama pasukan Klinikal Hospital Queen Elizabeth(HQE) merakam gambar kenangan sebelum perlawanan dilangsungkan.

Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, Profesor Dr Mohammad Saffree Jeffree berkata, perlawanan bola sepak persahabatan bersama kakitangan Klinikal Hospital Queen Elizabeth (HQE) sudah pasti merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua organisasi dan lebih manis ianya dilangsungkan bersempena Ulang tahun UMS ke- 25 tahun.

Tambah beliau, profesion dan kerjaya perubatan bukanlah sekadar memberikan perkhidmatan perawatan dan perubatan sebaliknya terselit nilai yang mengukuhkan jati diri bangsa seterusnya memberi sumbangan yang besar dalam mempertingkatkan mutu kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Profesor Dr. Mohammad (kiri) serta Ketua Pasukan HQE, Jackson Taguah semasa bertukar-tukar cendera kenangan sebelum sepak mula persahabatan dimulakan.

Profesor Dr. Mohammad (kiri) serta Ketua Pasukan HQE, Jackson Taguah semasa bertukar-tukar cendera kenangan sebelum sepak mula persahabatan dimulakan.

Beliau berkata demikin pada perlawanan bola sepak persahabatan bersama kakitangan Klinikal Hospital Queen Elizabeth di Padang UMS pada Jumaat.

Pada perlawanan tersebut pasukan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS berjaya mendahului dengan jaringan 1-0, manakala pasukan HQE berjaya merapatkan jaringan pada separuh masa kedua dengan keputusan penuh perlawanan UMS 1, HQE 4.

ER

Tinggalkan komen anda