Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Kemeriahan Majlis Ilmu Bukti Kesejahteraan Kampung

By 21 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fauziah Abdullah/Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Kesejahteraan dalam hidup bermasyarakat menjadi asas utama dalam membina tamadun sesebuah negara kerana kehidupan tanpa hubungan baik akan membawa kepada ketidakstabilan dalam sistem sosial, politik dan ekonomi.

Dengan itu, setiap pihak perlu mempunyai sikap intergrasi yang positif agar kehidupan sejahtera dapat menjadi satu elemen berkekalan dalam masyarakat.

Dalam ceramah khas sempena Program Olek Masjid Riuh Sekampung Daerah Seremban yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, menyatakan bahawa kesejahteraan sesebuah kampung dapat dibuktikan melalui budaya mencintai ilmu.

WhatsApp Image 2019-10-19 at 17.14.05

Antara hadirin yang hadir ke majlis ilmu tersebut.

“Jika mahu tahu sesebuah kampung itu sejahtera atau tidak, lihatlah kepada budaya penduduknya dan jika penganjuran majlis ilmu mendapat sambutan yang menggalakkan, maka ia adalah satu petanda yang sangat baik,” katanya.

Ujar beliau lagi, penduduk kampung juga perlu menjaga hubungan dengan mengelakkan sebarang konflik dan pergaduhan.

“Ukhwah yang erat dikalangan penduduk kampung boleh menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat dan keharmonian kekal utuh,” katanya dalam ceramah tersebut.

Di samping itu, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya pameran dari pelbagai agensi solat sunat dhuha berjemaah, tazkirah dhuha serta Program Ziarah Santuni Rakyat Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Ismail Ahmad.

-AK

Tinggalkan komen anda