Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PPAM Beri Peluang kepada Penjawat Awam

By 30 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto:  Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

JASIN, 30 Okt (Malaysiaaktif) Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) bakal memberi peluang besar buat semua penjawat awam di Melaka yang akan dibina dngan konsep serta reka bentuk terkini dan serba moden di Air Baruk, Bemban Jasin, Melaka.

Inisiatif utama pembinaan PPAM ini adalah untuk memastikan setiap rakyat tidak terlepas memiliki rumah sendiri selaras dengan dasar perumahan negara dengan menyediakan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menyampaikan sumbangan Deepavali dalam majlis yang sama.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menyampaikan sumbangan Deepavali dalam majlis yang sama.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, Kerajaan Negeri amat perihatin dan memahami kehendak rakyat di negeri ini dengan menjalin hubungan baik bersama pihak pemaju swasta dalam menyediakan kediaman mampu milik yang secukupnya kepada rakyat terutamanya golongan penjawat awam di negeri ini.

“Kerajaan negeri juga telah memperkenalkan beberapa program perumahan bagi memenuhi hasrat dan kehendak rakyat melalui program rumah sedia ada seperti Rumah Kos Rendah, Projek Perumahan Mampu Milik, Rumah Peduli Rakyat, Rumah Harapan, Rumah Berkat dan Rumah Belia di Melaka.

“Saya menyarankan kepada semua penjawat awam yang berkelayakan di Negeri Melaka agar dapat mengambil peluang ini untuk memiliki rumah PPAM kerana ia berkualiti dan mampu dimiliki pada harga paling rendah, ujarnya ketika Majlis Pecah Tanah Projek PPAM Taman Mekar, Air Baruk, Bemban, Jasin.

Rumah PPAM ini akan dibina pada tanah berkeluasan 10.09 ekar dan mengandungi sebanyak 145 unit rumah yang terdiri daripada 3 jenis perumahan yang bakal dijual iaitu yang pertama berkeluasan 22′ x 65′ dijual ada harga asal RM238,000 dengan menikmati subsidi kerajaan sebanyak RM39,000 setiap buah dan penjawat awam hanya perlu membayar sebanyak RM199,000 sahaja.

Manakala perumahan kedua  dengan keluasan 22′ x 60′ dengan harga asal RM215,000.00 seunit dengan subsidi kerajaan sebanyak RM34,680 seunit, harga jualan hanya RM180,540 seunit dan perumahan ketiga berkeluasan 20′ x 60′ pada harga asal RM198,000 dan penjawat awam hanya perlu membayar RM165,000 seunit dengan potongan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM33,000.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban, Wong Fort Pin, Pengarah Syarikat Spind Development Sdn Bhd, Catherine Yap Sue Foong, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka,  Ketua-ketua Jabatan dan Agensi dibawah Kerajaan Negeri Melaka. Majlis turut diserikan dengan acara penyampaian sumbangan kepada warga emas serta ibu tunggal di kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban dan Rim.

-KN

Tinggalkan komen anda