Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Majlis Makan Malam Dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MPKSM Ke-68

By 14 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia Kebangsaan (MPKSM) anjuran Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia telah diadakan di Hotel Seri Malaysia baru-baru ini.

MPKSM yang ditubuhkan pada tahun 1946 adalah sebuah NGO kebajikan tertua di Malaysia yang mempunyai 12 pejabat cawangan negeri, 83 cawangan daerah dan 2 unit program Khidmat Bantu di rumah di Sabah dan Sarawak.

MPKSM menumpukan perhatian dan perkhidmatan kepada warga emas serta orang kurang upaya dan mempunyai 68 buah rumah sejahtera termasuk Pusat Jagaan Orang Tua Bertam yang baru saja beroperasi.

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan 300 orang peserta terdiri daripada pentadbir negeri dan sukarelawan MPKSM yang telah berjaya menamatkan Konvensyen Sukarelawan dan Bengkel Pemantapan PSK MPKSM bagi Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang telah diadakan di Penang Golf Resort, Bertam.

Lafaz perasmian MPKSM Kebangsaan kali ke-68 dan penyampaian sijil dan anugerah kepada enam penerima Anugerah MPKSM 2019 telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun, Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas.

Ucapan perasmian oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun, Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas

Ucapan perasmian oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun, Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas

Seorang penerima, Eshah Haji Mohamed Zahari, 60, ahli seumur hidup MPKSM Cawangan Daerah Ipoh bertugas sebagai kerani dan memegang jawatan Setiausaha Kerja MPKSM.  Beliau seorang yang aktif hingga layak diangkat sebagai Johan Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat MPKSM Terbaik dan turut pernah menerima penghargaan daripada MPKSM Daerah Ipoh dan Daerah Tapah.

Penyampaian anugerah kepada penerima

Penyampaian anugerah kepada penerima

Turut hadir, Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, dan Yang di-Pertua MPKSM, Mastika Junaidah Husin.

Para tetamu majlis makan malam itu turut dihiburkan dengan persembahan dari PENTARAMA, Jabatan Penerangan Malaysia yang dibawa khas dari Putrajaya.

-II-

Tinggalkan komen anda