Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

SMK Mutiara Impian Turut Meriahkan Sambutan Bulan Sukan Negara

By 14 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto : Mohd Faizal Mat Akhir/ Vikneswaran Rajendran (Seberang Perai Selatan)

SIMPANG AMPAT, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) telah menarik penyertaan Sekolah Menengah Mutiara Impian untuk turut sama memeriahkannya. Seramai 200 orang pelajar sekolah, guru-guru, ibu bapa dan warga Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan turut bersama dalam Program Hari Keusahawan dan Sambutan Bulan Sukan Negara di SMK Mutiara Impian di sini.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan , Mahamad Fauzi Saad, dalam ucapannya berkata, “Program sebegini amat baik diadakan pada peringkat sekolah dalam mendidik para pelajar tentang bidang keusahawanan di samping dapat mempromosikan sambutan Bulan Sukan Negara.”

Pameran agensi kerajaan dan jualan

Pameran agensi kerajaan dan jualan

Beliau turut menambah, “Bulan Oktober telah diisytiharkan oleh kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai Bulan Sukan Negara dan menyeru kepada semua masyarakat termasuk murid, guru-guru, dan ibu bapa agar sentiasa menjaga kesihatan, sentiasa cergas dengan cara melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan.”

Antara aktiviti sukan yang diadakan

Antara aktiviti sukan yang diadakan

Pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya Senam Tari,  Street Soccer, Permainan Kemahiran Sukan, gerai jualan pelajar dan guru serta pameran dari agensi kerajaan dan swasta.

-II-

Tinggalkan komen anda