Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

MAKSAK Sabah Hulur Sumbangan Galak Masyarakat Derma Darah

By 11 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:Yahya Abdul Rajak(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah (MAKSAK) prihatin menghulurkan sumbangan berupa barangan harian kepada penderma darah sempena pelaksanaan Kempen Kesedaran Menderma Darah bersama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada khamis.

Mewakili Yang Dipertua MAKSAK Sabah, Justine Barumban selaku Setiausaha MAKSAK Sabah berkata sumbangan ini adalah merupakan aktiviti tahunan persatuan tersebut sebagai usaha kebajikan membantu pesakit di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak.

Justine (kanan) meluangkan masa beramah mesra dengan penderma darah pada program tersebut.

Justine (kanan) meluangkan masa beramah mesra dengan penderma darah pada program tersebut.

“MAKSAK Sabah sentiasa membantu menghulurkan pelbagai jenis bantuan bukan sahaja kepada pihak hospital malah kepada rumah-rumah anak yatim dan masyarakat yang memerlukan pertolongan.

“Sumbangan hari ini sebenarnya adalah sebagai satu penghargaan kepada penderma darah yang datang ke HWKKS untuk menderma, “jelasnya.

Katanya lagi, pemberian sumbangan ini juga sebagai usaha menggalakkan masyarakat untuk terus membantu hospital terutama melalui pendermaan darah yang sering menghadapi kekurangan berikutan peningkatan pesakit di hospital.

Ketua Unit Perubatan Transfusi HWKKS, Dr Jamaludin Mail turut meluahkan penghargaan atas sumbangan berkenaan.

Justine (tengah) turut menyerahkan sumbangan berkenaan kepada penderma darah yang menderma darah pada program berkenaan.

Justine (tengah) turut menyerahkan sumbangan berkenaan kepada penderma darah yang menderma darah pada program berkenaan.

Katanya, sumbangan sebegini amat dialu-alukan sebagai suatu usaha memberi galakan kepada masyarakat agar tidak merasa takut untuk melakukan pendermaan darah kerana melalui aktiviti menderma darah sebenarnya mampu memberi impak kesihatan kepada diri penderma.

“Pemberian sumbangan ini sebenarnya mampu menghilangkan rasa takut untuk menderma serta memberi pengalaman baru seterusnya menjadikan amalan menderma darah suatu keseronokan dan ketenangan kerana membantu menyelamatkan pesakit, “ujarnya.

Dalam pada itu, Dr.Jamaludin berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan diperluaskan pelaksanaanya diperingkat sekolah ataupun persatuan belia agar dapat melahirkan generasi muda prihatin mengenai kesihatan dan kebajikan masyarakat di negeri ini.

Tambahnya lagi, masyarakat tidak seharusnya terlalu percaya terhadap kesan negatif seperti kegemukan atau sebaliknya akibat menderma darah tetapi dengan menderma ia banyak membantu memulihkan peredaran darah dalam badan agar merasa lebih sihat.

Justine (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan barangan harian kepada Dr Jamaludin (dua dari kanan) sempena pelaksanaan kempen derma darah berkenaan.

Justine (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan barangan harian kepada Dr Jamaludin (dua dari kanan) sempena pelaksanaan kempen derma darah berkenaan.

“Berikutan peningkatan keperluan darah yang tinggi, saya berharap pelbagai dapat menganjurkan kempen serupa bagi membantu menyelamatkan pesakit yang memerlukan pertolongan masyarakat, “jelasnya ketika ditemui selepas menerima penerimaan sumbangan berkenaan.

Bagi mana-mana pihak yang ingin mengadakan Kempen Kesedaran Menderma Darah boleh berhubung terus ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di talian 088-437184 atau fax ke 088-438512 atau email ke [email protected].

ER

Tinggalkan komen anda