Skip to main content
Berita Sabah & LabuanMASabah

MOJO Inisiatif KKMM Salur Berita Pantas, Sahih

By 18 Oktober 2019Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Hazlinah Samsir / RTM dan peserta kursus

KOTA KINABALU, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Kewartawanan Peranti (MOJO) merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam menyalurkan berita secara pantas dan sahih sekaligus membendung penyebaran berita palsu.

SUASANA...sekitar kursus MOJO berlangsung.

SUASANA…sekitar kursus MOJO berlangsung.

Menurut Eksekutif Editorial, Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Jailani Hasan, MOJO merupakan suatu pengetahuan baharu yang mengajak pengamal media ke arah media konvergen.

“Di Malaysia, MOJO adalah satu pendekatan baharu yang perlu diterapkan khususnya kepada kakitangan agensi di bawah KKMM dalam penghasilan berita yang menarik dan pantas.

Sekitar petugas aplikasi MOJO dalam pelaporan oleh peserta kursus bertempat di Double Six Monument dan Malaysia Monument.

Sekitar petugas aplikasi MOJO dalam pelaporan oleh peserta kursus bertempat di Double Six Monument dan Malaysia Monument.

“Hal ini kerana, terdapat segelintir masyarakat yang gemar menjadi penyampai tanpa menyelidik kesahihan sesuatu isu dan ditularkan di media sosial lebih laju dari pengamal media.

“Kewartawanan peranti menjadi inisiatif menangani masalah ini dengan membekalkan para wartawan dengan kemahiran menggunakan telefon pintar dan sokongan beberapa gajet lain dalam pembuatan video dan berita yang boleh disalurkan terus kepada masyarakat,” kongsinya.

Sekitar petugas aplikasi MOJO dalam pelaporan oleh peserta kursus bertempat di Double Six Monument dan Malaysia Monument.

Sekitar petugas aplikasi MOJO dalam pelaporan oleh peserta kursus bertempat di Double Six Monument dan Malaysia Monument.

Beliau yang berkhidmat di Biro Wilayah Persekutan Labuan turut menambah bahawa kaedah ini telah lama digunakan oleh pengamal media antarabangsa dan kini tiba masa pengamal media Malaysia membiasakan diri dalam proses pemberitaan yang baharu serta memantapkan kemahiran menggunakan peranti terkini.

Sementara itu, Pegawai Penerangan di Unit IT Jabatan Penyiaran Sabah (RTM), Dayang Norsuria Salleh berkata, kewartawanan peranti meringkaskan aliran kerja wartawan.

Dayang (kiri) menerima sijil penyertaan kursus MOJO dari Pengarah RTM Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi (tiga dari kanan).

Dayang (kiri) menerima sijil penyertaan kursus MOJO dari Pengarah RTM Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi (tiga dari kanan).

“Berita dapat disalurkan kepada masyarakat dengan lebih cepat dengan ilmu MOJO, kerana penyuntingan boleh dibuat secara terus menggunakan telefon pintar tanpa perlu menunggu sampai ke pejabat terlebih dahulu.

“Ia sangat relevan untuk dipraktikkan atas cabaran teknologi dan media massa masa kini. Tambahan pula, agensi di bawah KKMM diiktiraf sebagai sumber yang sahih. Penyampaian yang pantas semestinya akan membantu menghindari penyebaran berita palsu,”katanya.

Jailani (kiri) menerima hadiah dari Nordin (tengah) sebagai antara kumpulan dengan video terbaik.

Jailani (kiri) menerima hadiah dari Nordin (tengah) sebagai antara kumpulan dengan video terbaik.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Akademik, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Nordin Sulaiman berkata, ilmu MOJO perlu diaplikasi oleh kakitangan KKMM khususnya RTM demi menyampaikan berita secara pantas.

“Ia merupakan hasrat kementerian agar para wartawan dan pengamal media dibekalkan dengan ilmu MOJO bagi memenuhi perkembangan era digital di mana laporan yang pantas dinantikan oleh masyarakat.

Penceramah, Zamri Mohamad (kiri) menerima cenderakenangan dari Pengarah RTM Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi (dua dari kanan).

Penceramah, Zamri Mohamad (kiri) menerima cenderakenangan dari Pengarah RTM Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi (dua dari kanan).

“Melalui kursus MOJO yang dilaksanakan IPPTAR, kakitangan RTM dan agensi di bawah KKMM berpeluang menimba ilmu dari penceramah yang pakar mengenai teknik mengambil video menggunakan telefon pintar, penyuntingan video, memasukkan audio dan seterusnya boleh disalurkan terus dalam bentuk berita,” katanya.

Tambah beliau, IPPTAR komited dalam melatih lebih ramai kakitangan KKMM yang belum berpeluang mengikuti kursus MOJO pada tahun hadapan dan kursus susulan bagi penerapan ilmu MOJO yang lebih mendalam juga akan dilaksanakan.

Para peserta kursus merakamkan gambar kenangan selepas kursus berakhir yang turut dihadiri Pengarah RTM Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi (duduk, tengah).

Para peserta kursus merakamkan gambar kenangan selepas kursus berakhir yang turut dihadiri Pengarah RTM Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi (duduk, tengah).

Seramai 27 kakitangan dari jabatan serta agensi di bawah KKMM Sabah dan Labuan mengambil bahagian dalam kursus MOJO yang diadakan selama tiga hari dari 15 Oktober lepas di Kompleks Bersepadu KKMM, Kota Kinabalu.

Pada hakikatnya, perkara yang menjadikan kewartawanan peranti menarik perhatian dan menjadi keutamaan adalah ia berupaya memenuhi penyampaian yang cepat, mampu dikawal dan dapat disebar luas dengan segera.

ER

Tinggalkan komen anda