Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Dua Karya Lukisan Kategori C Dipilih KPTNS 2019

By 18 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Idris Sani Saberun/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Balai Seni Lukis Sabah serta panel pemilih Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-34 buat pertama kalinya memilih dua karya lukisan bagi Karya Utama Kategori C (Terbuka).

Tun Juhar beramah mesra bersama salah seorang peserta pameran KPTNS

Tun Juhar beramah mesra bersama salah seorang peserta pameran KPTNS

Lukisan karya Rosemary Yvonne Marcus bertajuk ‘Indohuan’ dan pelukis muda, Freandy Jose bertajuk ‘Dusun Trader: Mogimbadi’ memenangi Hadiah Utama Kategori C dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM6,000 serta sijil penghargaan.

Bagi Kategori B (Sekolah Menengah Atas), karya pelajar SMK Tulid Keningau, Jacyntia Janet Jasne berjaya menambat hati panel pemilih KPTNS 2019 dengan lukisan bertajuk ‘Senja di Pekan Sook’ dengan membawa pulang RM1,200 beserta sijil.

Rosemary bersama karya beliau.

Rosemary bersama karya beliau.

Manakala, bagi Karya Utama Kategori A (Sekolah Menengah Rendah), lukisan bertajuk ‘Penunggang Dari Utara’ hasil seni pelajar SMK St. Peter Bundu, Kuala Penyu, Andrea Martinus Filux meraih hadiah utama RM800 dan sijil.

Selain Hadiah Karya Utama, pada tahun ini panel pemilih KPTNS turut memutuskan untuk memilih lapan karya terbaik bagi Kategori A yang menerima wang tunai RM400 setiap seorang manakala Kategori B, lapan karya terbaik menerima RM600 seorang, di samping sembilan karya terbaik Kategori C dengan wang tunai RM3000 setiap seorang.

Freandy (empat dari kanan) menerima hadiah Karya Utama dan sijil daripada Tun Juhar.

Freandy (empat dari kanan) menerima hadiah Karya Utama dan sijil daripada Tun Juhar.

Turut disampaikan pada majlis tersebut ialah Anugerah Khas Seni Visual 2019 kepada dua tokoh seni visual iaitu Christianne Goonting dan Richard Lim yang banyak menyumbang kepada perkembangan seni visual dan mengangkat nama Sabah melalui industri tersebut.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang DiPertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di sini, pada Khamis.

Tun Juhar menyampaikan hadiah Anugerah Khas Seni Visual kpd Christianne.

Tun Juhar menyampaikan hadiah Anugerah Khas Seni Visual kpd Christianne.

Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah merupakan aktiviti pengembangan seni visual tahunan anjuran Balai Seni Lukis Sabah yang dipengerusikan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) sempena Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-66 Yang Dipertua Negeri.

Aktiviti tahunan berkenaan melibatkan penyertaan daripada para pengkarya dan pelajar sekolah di negeri ini bagi menghasilkan karya yang bermutu untuk dipilih, dipamer dan dikumpul sebagai koleksi dan khazanah Balai Seni Lukis Sabah.

Richard turut menerima Anugerah Khas Seni Visual dari pada Tun Juhar.

Richard turut menerima Anugerah Khas Seni Visual dari pada Tun Juhar.

KPTNS tahun ini mencatat penyertaan terbanyak dalam sejarah penganjuran KPTNS dengan 586 peserta dan 629 karya dipertandingkan yang mana penyertaannya dibuka pada 19 Februari hingga 31 Julai yang lalu dengan tema ‘Lanskap Sabah dan ‘Pola-Pola Sabah’ dipertandingkan.

Turut hadir, isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, menteri kabinet negeri, ketua-ketua jabatan negeri serta persekutuan.

ER

Tinggalkan komen anda