Skip to main content
MA

P.Prabakaran Ahli Parlimen Termuda Malaysia Wakili Suara Belia

By 16 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Azuraini Abd Majid/ Parameswary Lekshmanan (Kuala Lumpur)

 

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Malaysiaaktif) Ā ā€“ Menjadi wakil rakyat termuda adalah satu pengiktirafan yang sungguh unik. Apa tidaknya dikala usia baru mencecah 22 tahun, P. Prabakaran, Ahli Parlimen Batu, Kuala Lumpur menjadi bualan hangat sejak mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Parlimen pada 16 Julai 2018 yang lalu.

 

Bekas pelajar jurusan undang-undang ini mempunyai semangat yang utuh. Bercita-cita tinggi dan sudah menanam hasrat untuk berbakti kepada rakyat dan negara sejak di bangku sekolah lagi. Prabakaran merupakan generasi keempat penduduk Sentul dan cukup dikenali masyarakat setempat. Ini menjadikan beliau tidak kekok turun padang untuk bersama-sama masyarakat.

 

Beliau menjadikan Tun Mahathir sebagai idola, seorang pemimpin yang memberi inspirasi kepada anak muda untuk membina Malaysia Baharu di kala usia 93 tahun. Suatu perbedaan yang tiada timbang tara berbanding dengan usianya. Tun M adalah Perdana Menteri tertua di planet ini. Itulah sesuatu yang luar biasa.

 

Dek kerana itu, Prabakaran menyusun langkah untuk menyelusuri kejayaan seorang Perdana Menteri yang tidak hanya dikagumi di Malaysia malahan di seantero dunia.

 

Prabakaran berkongsi kegembiraan dan perasaan berdebar-debar kerana pertama kali berada di Dewan Parlimen sebagai seorang ahli dewan yang mewakili suara rakyat.

 

ā€œPerasaan takut dan teruja bercampur baur untuk menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin setempat,ā€ ujarnya lagi.

P.Prabakaran ketika ditemubual oleh wakil Malaysiaaktif di pejabatnya.

P.Prabakaran ketika ditemubual oleh wakil Malaysiaaktif di pejabatnya.

“Tambahan Malaysia kini antara negara yang bergerak ke hadapan dalam Revolusi Industri 4.0, menjadi seorang pemimpin kita perlu sentiasa bersiap sedia, peka dengan keadaan sekeliling kerana perubahan berlaku terlalu pantas,ā€ kata beliau kepadaĀ  Malaysiaaktif.

 

Hampir setahun lebih ā€˜memegangā€™ Parlimen Batu, tumpuan beliau lebih terarah untuk memastikan penduduk di kawasan parlimennya dapat menikmati kehidupan yang lebih baik daripada Ā segi fasiliti setempat.

 

Kemiskinan bandar di kawasannya perlu ditangani segera. Rekod tertinggi jenayah kecil di Parlimen Batu perlu diturunkan.

 

Prabakaran Ā turut menyatakan hasratnya untuk memperkasakan belia. Menjelang tahun 2030 dianggarkan golongan belia adalah kumpulan majoriti yang akan mencorak dan menentukan kepimpinan serta hala tuju Malaysia pada masa hadapan.

 

Demokrasi di Malaysia akan dikuatkan dengan tenaga dan akal fikiran anak muda yang bakal diberi peluang, ruang dan suara untuk bersama-sama berganding bahu mencorak negara setelah kerajaan sebulat suara menurunkan had umur kelayakan mengundi seawal 18 tahun.

 

-AO

Tinggalkan komen anda