Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Pelbagai Inisiatif, Program Dilaksana Bagi Membela Warga Emas

By 24 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norliza Yusof/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

PAPAR, 24 Oct (Malaysiaaktif) – Pelbagai inisiatif serta program dijalankan bagi membela nasib warga emas dan golongan yang memerlukan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab dalam membela nasib golongan tersebut, pelbagai inisiatif dan program telah dijalankan seiring dengan Dasar Pelan Tindakan Warga Emas Negara.

“Antaranya adalah penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang ditubuhkan dengan tujuan memastikan warga emas kekal sihat dan aktif.

Tun Juhar (tengah) semasa melafazkan ucapan perasmian pada majlis tersebut.

Tun Juhar (tengah) semasa melafazkan ucapan perasmian pada majlis tersebut.

“Terdapat tujuh PAWE di Sabah dan ia terletak di Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Tawau, Sandakan, UTC Kota Kinabalu dan Keningau dengan jumlah ahli berdaftar seramai 1,694 orang.

“Selain itu, Program Khidmat Bantu Di Rumah (HOME HELP) juga diwujudkan bagi memberikan khidmat sokongan kepada warga emas yang dilakukan oleh sukarelawan kebajikan,” katanya.

Tambah Shafie, kerajaan turut menyediakan peruntukan bantuan kewangan melalui Bantuan Orang Tua (BOT) untuk warga emas yang memerlukan sebanyak RM350 sebulan.

“Bantuan kepada Penjaga Pesakit Warga Emas yang Kronik ataupun Terlantar (BPT/K) turut diberikan kepada penjaga iaitu RM350 sebulan agar warga emas dapat terus tinggal bersama ahli keluarga dan juga kelompok komuniti.

“Kerajaan juga akan sentiasa memberikan sokongan kepada apa jua program kebajikan dan kemasyarakatan serta berharap sektor-sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus mempergiatkan program-program tanggungjawab sosial kepada masyarakat khususnya golongan yang memerlukan,” katanya lagi.

Teks ucapan Shafie disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Jimmy Wong dalam Majlis Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Daerah Papar, pada Khamis.

Tun Juhar (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah kepada Juil (kanan).

Tun Juhar (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah kepada Juil (kanan).

Pada Majlis tersebut, Anugerah Khas Warga Emas kategori Individu Lelaki diberikan kepada Datuk Juil Nuatim manakala bagi kategori Individu Wanita pula dianugerahkan kepada Amsiah Matali.

Sementara itu, Anugerah Khas Warga Emas kategori Pasangan pula diberikan kepada Amri@Amari Abu Bakar.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Norazlinah Arif; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

ER

Tinggalkan komen anda