Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Penduduk Kawasan Berisiko Tinggi Banjir Perlu Bersiap Siaga

By 24 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Matfazly Mat Kasim / Nasrie Tapisil (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Penduduk di kawasan yang berisiko tinggi menghadapi banjir perlu sentiasa berwaspada dan bersiapsiaga bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negeri ini pada Januari hingga Februari depan.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelaras Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Sapian Mamat berkata, hujan turun lebat menyebabkan potensi untuk berlaku banjir adalah tinggi.

Sapian menyampaikan taklimat pengurusan bencana

Sapian menyampaikan taklimat pengurusan bencana

“Penduduk di seluruh negara diminta bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir sempena musim monsun timur laut yang dijangka berlaku di seluruh Malaysia bermula penghujung Oktober sehingga awal Mac.

“Bagi penduduk Sabah dan Sarawak pula, dijangka akan menerima hujan lebat bermula awal tahun hadapan,” katanya ketika ditemui media selepas Taklimat Khas Belanjawan 2020 di Wisma Wanita, pada Khamis.

Mengulas mengenai persediaan menghadapi Musim Monsun Timur Laut, Sapian menasihati penduduk agar mendapatkan maklumat berkaitan pusat pemindahan di tempat masing – masing, nombor perhubungan pegawai agensi berkaitan serta beg kecemasan berisi barang keperluan peribadi.

Sapian adalah antara penceramah yang dijemput memberi taklimat sempena Taklimat Khas Belanjawan 2020 dan Pengurusan Bencana.

3.Antara kakitangan yang hadir semasa taklimat

Antara kakitangan yang hadir semasa taklimat

Menurutnya, usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dalam membantu pihak NADMA menyalurkan bantuan dari segi aset dan penyebaran maklumat bencana kepada penduduk khususnya di kawasan pedalaman amat dihargai.

“Penting bagi agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana untuk memahami fungsi dan peranan dalam menguruskan kejadian yang diklasifikasikan sebagai bencana bagi mengelakkan salah faham rakyat mengenai kepekaan dan kesiapsiagaan semua agensi yang mengendalikan bencana di semua peringkat daerah, negeri mahupun negara.

“Inisiatif JaPen dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) seperti penganjuran taklimat seperti ini adalah bagus kerana NADMA turut berpeluang menyampaikan taklimat isu semasa seperti pengurusan bencana kepada umum,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pasukan Belanjawan 2020, Kementerian Kewangan Malaysia, Ahmad Farid Ahmad merupakan penceramah yang menyentuh mengenai intipati belanjawan 2020 yang dirancang bagi Sabah khususnya.

Antara hadirin yang hadir semasa taklimat

Antara hadirin yang hadir semasa taklimat

Taklimat dihadiri oleh pelbagai agensi di bawah KKMM dan turut disertai oleh agensi lain yang mempunyai peranan dalam menyebarluas dasar kerajaan kepada akar umbi.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Kanan KKMM, Mohammad Diah Wahari.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik JaPen, Datuk Almain Ajirul; Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka; Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategi Badan Berkanun Kementerian Kewangan Malaysia, Mohammad Reezal Ahmad.

ER

Tinggalkan komen anda