Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Perancangan Bandar yang Teliti Menjadi Keutamaan Kerajaan – Shafie

By 21 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:Matfazly Mat Kasim/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Perancangan bandar yang teliti dan menyeluruh menjadi salah satu keutamaan Kerajaan Sabah dalam memastikan pembangunan seimbang dapat di laksanakan.

Shafie ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Shafie ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kepentingan perancangan yang teliti perlu dalam memastikan kemajuan dapat dicapai tanpa memusnahkan alam sekitar.

“Perancangan yang dilakukan haruslah teliti kerana kegagalan kita merancang akan merugikan kita pada jangka masa panjang.

Shafie (tengah) menerima cenderakenangan yang disampaikan oleh Mursidi.

Shafie (tengah) menerima cenderakenangan yang disampaikan oleh Mursidi.

“Kita perlu memikirkan kesan pembangunan yang kita bakal laksanakan dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada generasi akan datang

“Pihak kerajaan akan terus berusaha untuk menjaga dan memulihara warisan yang ada di negeri ini disamping membangun dan memajukan kawasan yang terpencil,” katanya dalam Persidangan Perancangan Negeri 2019, pada Isnin.

Shafie meluangkan masa beramah mesra bersama peserta pertandingan melukis.

Shafie meluangkan masa beramah mesra bersama peserta pertandingan melukis.

Menurut Shafie, persidangan tersebut bersesuaian dengan hasrat kerajaan dalam memacu perancangan dan pembangunan negeri berteraskan teknologi hijau.

“Ia sejajar dengan matlamat negara kita dalam menangani masalah berkaitan sosio dan pertumbuhan. Bagi menjayakan hasrat tersebut, pihak berkepentingan diseru agar mengaplikasikan penggunaan teknologi hijau dalam pembangunan yang telah dirancang,” katanya lagi.

Shafie menerima hadiah potret sempena hari lahir beliau.

Shafie menerima hadiah potret sempena hari lahir beliau.

Dalam persidangan itu, Shafie turut melancarkan Planning Standards Manual For Development Control In Sabah, Piawaian Perancangan Pembangunan Landskap Negeri Sabah dan Garisan Panduan Perancangan di Kawasan Berisiko Gempa Bumi yang diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Perbandaran Sandakan, Majlis Perbandaran Ranau dan Majlis Perbandaran Tawau.

Bertemakan ‘Perancangan Mampan: Inisiatif Hijau’ sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia, antara aktiviti yang diadakan sepanjang persidangan adalah pembentangan kertas kerja, Pertandingan Melukis Murid Sekolah Rendah dan Penyampaian hadiah Pertandingan Kawasan Perumahan & Desa Terancang, Bersih dan Ceria.

Selamat Hari Jadi.. Shafie (tiga dari kanan) memotong kek hari jadi.

Selamat Hari Jadi.. Shafie (tiga dari kanan) memotong kek hari jadi.

Hadir bersama dalam persidangan tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Jaujan Sambakong; Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masnah Matsalleh dan Pengarah Jabatan Perancang bandar dan Wilayah Sabah, Mursidi Sapie.

ER

Tinggalkan komen anda