Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

3M Tema Sambutan BSN Peringkat Jelebu

By 24 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Abd. Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai hampir 800 orang warga tempatan pelbagai peringkat umur dilihat menyertai sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) Peringkat Daerah Jelebu yang telah diadakan di Kolej Komuniti Jelebu, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Bakri Sawir, berkata BSN diisytiharkan pada bulan Oktober setiap tahun sebagai langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat Malaysia sebagai ‘Negara Bersukan’.

“Pada tahun ini Jelebu telah memilih 24 Oktober sebagai Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah dengan apa sahaja sukan yang dilaksanakan pada bulan ini akan diambil kira sebagai penglibatan sukan dalam bulan sukan negara.

“Dengan adanya budaya sukan ini, kita semua dapat merapatkan lagi hubungan sesama kaum di negara ini,” katanya ketika merasmikan program, di sini hari ini.

Menurut Bakri, tema BSN peringkat Jelebu kali ini berlandaskan prinsip 3M iaitu pelaksaan aktiviti yang Menarik, Mudah dan Murah dan dapat disertai oleh semua peringkat tanpa mengira umur, bangsa dan jantina.

“Semoga pelaksanaan bulan sukan negara ini memberikan kesan positif dan holistik dalam pemerkasaan budaya hidup sihat dan kecergasan.

“Menjadi harapan agar sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan atau sporting nation akan tercapai kerana warga yang sihat, cergas dan berdisiplin akan menyumbang kepada prestasi dan peningkatan produktiviti untuk diri dan negara khususnya di negeri ini,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda