Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Aplikasi Kemahiran Yang Ada

By 1 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Memiliki minat, teknik yang betul dan sanggup belajar daripada kesilapan amatlah diperlukan dalam diri seorang juruacara majlis. Kriteria asas ini bukan sahaja mampu melahirkan seorang juruacara majlis malah ia mampu melahirkan juruacara majlis yang versatil.

Ketua Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson Muzir Ab Manan, berkata ilmu yang diperoleh melalui bengkel ini seharusnya dikongsikan bersama rakan-rakan dan jangan disimpan sehingga ia luput begitu sahaja.

“Mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari ini penting dalam situasi sebenar bagi pelajar di sekolah, di mana peluang yang ada ini seharusnya direbut oleh pelajar bagi mempamerkan bakat mereka,” ujarnya ketika merasmikan Bengkel Juruacara Versatil Peringkat Daerah Port Dickson Tahun 2019 di Pejabat Pendidikan Daerah, di sini kelmarin.

Keterujaan peserta dalam bengkel.

Keterujaan peserta dalam bengkel.

Muzir berkata penganjuran kali pertama bengkel ini dengan kerjasama Pejabat Penerangan Port Dickson dilihat sebagai satu langkah positif dalam memberikan pendedahan awal berkaitan pengurusan majlis.

Sementara itu, salah seorang guru Mohd Azzly Ismail, berkata bengkel ini sangat bermanfaat dan bagus dalam mengasah bakat pelajar.

“Ianya sekali gus dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam membentuk modal insan yang berkualiti suatu hari nanti dan banyak teknik yang diperolehi daripada penceramah jemputan.

“Pelajar yang hadir ini boleh digilap bakatnya dan perlu diberikan pendedahan serta peluang, kerana jika tidak kita tidak dapat melihat kemampuan dan potensi yang ada dalam diri mereka,” katanya.

Bengkel anjuran Pejabat Penerangan daerah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan daerah ini disertai 34 orang pelajar sekolah menengah dan 12 orang guru dalam daerah sini dan peserta didedahkan kepada pengenalan juruacara, protokol majlis, etiket sosial dan penyediaan skrip.

-SH

Tinggalkan komen anda