Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Sambutan Hari Pos Sedunia 2019 Peringkat Negeri Pulau Pinang

By 16 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Nurazreen Abd.Rahman/ Ahmad Fukrazi B. Ramli (Seberang Prai Utara)

BUTTERWORTH,16 Okt (Malaysiaaktif) – Tarikh pada setiap 9 Oktober adalah merupakan acara sambutan tahunan untuk memperingati penubuhan Kesatuan Pos Sedunia yang ditubuhkan pada tahun 1874 di Bern,Switzerland.

Bertempat di Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, semalam telah berlangsung majlisĀ  bagi meraikan warga pejabat pos sempena dengan Sambutan Hari Pos Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi menghargai peranan pentadbiran pejabat pos didalam industri pos dan penghantaran kurier negara yang semakin berkembang pesat berikutan pertumbuhan sektor e-dagang.

Pengarah SKMM Wilayah Utara, Rizal Abd Rahman dalam ucapan beliau telah menjangkakan perkhidmatan perkhidmatan pos dan kurier akan mencapai 1 billion penghantaran pada tahun 2025 nanti. Menurut beliau, penggunaan innovasi mesin dan infrastruktur yang berteknologi tinggi akan diperlukan bagi mempermudahkan serta menjamin penghantaran barang sampai kepada pelanggan dengan selamat pada masa yang ditetapkan. Turut bersama dalam majlis ini adalah Ketua Bahagian Koordinasi Negeri SKMM Cyberjaya, Mohd Zaidi Abdul Karim dan Pengurus Negeri Pos Pulau Pinang, Muhammad Faizal Abd Jalil.

Perasmian oleh Rizal bin Ab Rahman, Pengarah SKMM Wilayah Utara sempena Sambutan Hari Pos Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 20

Perasmian oleh Rizal bin Ab Rahman, Pengarah SKMM Wilayah Utara sempena Sambutan Hari Pos Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 20

Dalam majlis ini juga beberapa anugerah diberikan kepada warga posmen yang berkhidmat dengan cemerlang. Antaranya adalah anugerah khas Duta Cemerlang bagi Muhammad Salihin Saidin (Kategori Mel Terbaik), Salasanor Azmi (Kategori Pos Laju), Nasafri Arshad (Kategori Posniaga), Ikram Hasmudin (Kategori Unit Pentadbiran), Fauzan Ismail (Kategori Polis Bantuan) dan Zulhafifi Norizzan(KategoriĀ  Unit Pengangkutan).

Selain itu juga, anugerah Pejabat Cemerlang turut diberikan bagi kategori Pusat Serahan Mel Cemerlang kepada Pusat Mel Tasek Gelugor, Kategori Pusat Pos laju Cemerlang kepada Pusat Pos laju Pulau PinangĀ  dan pejabat Pos Cemerlang kepada pejabat Pos Taman Seri Delima.

Antara yang hadir menjayakan program

Antara yang hadir menjayakan program

Majlis yang berlangsung dari pukul 9 pagi sehingga 2 petang itu telah dipenuhi dengan acara bacaan Yasin pada awal pagi selain dari aktiviti pertandingan mewarna dan aktiviti menulis poskad oleh kanak-kanak dari Tadika Perpaduan Kuala Bekah.

Revolusi jenis kenderaan yang digunakan

Revolusi jenis kenderaan yang digunakan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (ASKMM) untuk melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. MCMC juga turut mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital.

-II-

Tinggalkan komen anda