Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sukan Wadah Penyatuan Pemimpin Bersama Rakyat

By 13 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasnol Hadi Hashim (Kulim)

KULIM, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Pelancaran Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Kulim 2019 telah diadakan di Dataran Kulim, telah menyaksikan tiada jurang antara pemimpin dan rakyat.

Dibuktikan dengan kehadiran Pengerusi Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan, Pembangunan Insan Azman Nasaruddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim Yeo Kheng Chuan dan juga Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulim Nurul Azhani Shaharim, mewakili Pegawai Daerah Kulim turun padang menyertai masyarakat Kulim dalam acara larian ria sempena Pelancaran Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Kulim 2019 di Dataran Kulim.

Azman meminta agar masyarakat mengamalkan aktiviti bersukan sekurang kurangnya dua atau tiga kali seminggu bagi menjaga kesihatan.

“Pelbagai acara diadakan antaranya pertandingan bola jaring, sepak raga tuju, tarik tali, sukaneka, pertujukan seni mempertahankan diri dan lain-lain,” katanya ketika melancarkan program tersebut, di sini semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, turut tidak melepaskan peluang untuk turut hadir di Majlis tersebut.

-SH

Tinggalkan komen anda