Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kolaborasi Penerangan dan Unit Transfusi Darah Manfaatkan Komuniti serta Agensi

By 13 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Sepakat@Komuniti Peringkat Kampung Tok Kong Ketereh, Kota Bharu, anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu bersama Unit Tabung Darah Hospital Machang merupakan pendekatan strategik agensi Kerajaan dalam memberi dan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Pegawai perubatan dari Unit Tabung Darah Daerah Machang, Doktor Aizzuddin Daud, 36, berkata kaedah kerjasama antara agensi ini sewajarnya diteruskan berdasarkan sambutan penderma darah di program hari ini.

“Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan kos dan masa, tetapi telah berjaya mengenal pasti sasaran yang tepat iaitu kelompok penderma darah dalam komuniti,” ujar Aizuddin lagi.

Dalam tempoh 3 jam sahaja Unit Tabung Darah Hospital Machang berjaya mengumpulkan 35 beg darah daripada komuniti Kampung Tok Kong untuk digunakan kepada pesakit yang memerlukan.

Pembukaan kaunter perkhidmatan turut disediakan bagi yang layak mendaftar

Pembukaan kaunter perkhidmatan turut disediakan bagi yang layak mendaftar

Seorang guru yang sentiasa menderma darah, Gan Swee Teck, 53, berkata setiap kali kempen derma darah dilaksanakan di sekitar Kota Bharu, pastinya beliau tidak akan ketinggalan untuk sama-sama menderma.

“Menderma darah, pastinya tubuh badan akan menjadi lebih sihat, aktif serta bermaya,” ujar Gan lagi.

Menurut Tan Hui Lian, 49, melalui cara dan kaedah sebeginilah beliau dapat membantu masyarakat yang memerlukan di luar sana dengan penuh ikhlas dan rela hati.

Taklimat berkaitan i-suri daripada KWSP turut diterjemahkan kepada penduduk sekitar kg.Tok Kong Ketereh Kota Bharu

Taklimat berkaitan i-suri daripada KWSP turut diterjemahkan kepada penduduk sekitar kg.Tok Kong Ketereh Kota Bharu

Pegawai Penerangan Daerah Kota Bharu Azmee Mohamed Noor, menjelaskan aktiviti seumpama ini pastinya dapat mengeratkan ikatan silaturahim sesama insan yang memerlukan, selain membentuk gaya hidup sihat.

Program ini melibatkan hampir 180 orang masyarakat sekitar dan turut diberi pendedahan, penjelasan serta pendaftaran terus melalui kaunter RebetB40, i-suri, Jabatan Kebajikan, Jabatan Pendaftaran, pemeriksaan kesihatan secara percuma, khidmat derma darah bagi yang layak.

Hoe Foo Chet, 59, berpendapat menerusi kaedah turun padang dengan mendekati kelompok kumpulan sasar seumpama ini dan terus mendaftar kepada yang layak memohon bantuan begitu bermakna dan bermanfaat serta pantas selain memudahkan sebilangan besar masyarakat khususnya penduduk di kampung berkenaan.

“Yang pasti penganjuran aktiviti seumpama ini amat dinanti- nantikan oleh sebilangan besar masyarakat di luar sana,” ujarnya kepada Malaysiaaktif.

-NAZ

Tinggalkan komen anda