Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Suri Rumah Juara Batu Selambut Bulan Sukan Negara Daerah Sik

By 11 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Roslinda Ramli (Sik)

SIK, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Bagi memartabatkan kembali permainan tradisional agar tidak luput ditelan zaman, Perpustakaan Awam Daerah Sik dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Desa Baling/Sik mengambil langkah menganjurkan Pertandingan Batu Selambut bersempena Pelancaran Sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) Daerah Sik.

Menurut Pembantu Pustakawan Roslinda Ramli, usaha untuk melaksanakan pertandingan ini adalah bagi memastikan permainan tradisional ini terus mendapat tempat di hati orang ramai khususnya generasi muda.

“Keseronokkan bermain baru selambut ini bukan sahaja mengimbau memori sewaktu zaman kanak-kanak, malah usaha membudayakan kembali permainan ini berupaya meneruskan legasi warisan budaya ini dalam kalangan generasi muda.

“Di sebalik setiap permainan tradisional itu, tersirat nilai-nilai murni yang boleh dipelajari serta dijadikan teladan seperti semangat kerjasama dan kesabaran,” jelasnya yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Sik 2019, di Dataran Sik Lestari, di sini semalam.

Johan pertandingan, Suzeana Mohd Zuki, berkata penyertaannya dalam pertandingan ini hanyalah sekadar suka-suka dan ingin mengimbau kembali memori ketika kanak-kanak dulu.

“Sudah lama tidak bermain batu selambut dan tidak sangka berjaya sampai ke peringkat akhir dan menjadi johan,” ujar suri rumah ini.

Suzeana muncul johan setelah berjaya mengetepikan cabaran 50 peserta yang lain.

-SH

Tinggalkan komen anda