Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Syamsiah Dinobat Tokoh Ma’al Hijrah Daerah Nabawan 2019

By 14 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Asmidar Zainol (Nabawan)

NABAWAN, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Pegawai Pusat Teknologi Pendidikan, Syamsiah Sikin Angkaus, 57, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1441H/2019M Peringkat Daerah Nabawan tahun ini.

Pengiktirafan tersebut diberikan berdasarakan sumbangan Syamsiah dalam pembangunan dakwah Islam di daerah tersebut semenjak 25 tahun yang lalu.

“Saya sedar tanggungjawab untuk melaksanakan program-program dakwah untuk masyarakat Nabawan ini perlu diteruskan dan kita bertanggungjawab melaksanakannya kerana kalau bukan kita, siapa lagi yang akan melaksanakannya?

“Memandangkan di sini terdapat ramai keluarga mualaf, bermula pada tahun 1994 saya dan rakan-rakan secara sukarela membuka kelas mengaji dan bimbingan agama kepada mereka dan alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan,” ujarnya.

Menurut Syamsiah, dia dan rakan-rakannya turut memberikan perkhidmatan menguruskan jenazah wanita Islam di seluruh daerah Nabawan.

Hasinin semasa menyampaikan ucapan perasmian

Hasinin semasa menyampaikan ucapan perasmian

“Kadang-kadang kami mendapat jemputan ke kawasan pedalaman untuk menguruskan jenazah wanita tidak kira waktu sehingga ada masanya kami terpaksa tidur di perjalanan kerana perjalanan yang agak jauh dan sebagainya.

“Walau bagaimanapun kerja-kerja kebajikan dan sukarela ini memberi kepuasan dan menjadi tanggungjawab sebagai saudara seagama untuk membantu menyempurnakan jenazah terbabit.

“Ia juga adalah sebagai memenuhi rukun kifayah kepada umat Islam di sini,” kongsinya kepada pemberita selepas penyampaian anugerah tersebut di Dewan Terbuka Sekolah Agama Rakyat Shotul Huda, Kampung Bahagia, pada Sabtu.

Antara hadirin yang hadir

Antara hadirin yang hadir

Syamsiah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menerima hadiah wang tunai, piala serta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Nabawan merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah, Hasinin Kinsim.

Selain penyampaian anugerah, ceramah bertajuk ‘Dhuha dan Hijrah’ turut disampaikan oleh Pengerak Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Awang Malik Baki.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Fredolley @ Azizi Lining dan Pegawai Penerangan Daerah Nabawan, Asmidar Zainol.

ER

Tinggalkan komen anda