Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Tujuh KHM Jadi Rakan Strategik JaPen Semporna

By 17 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abdul Hadi Abdul Ghani/Juhara Ali Omar (Semporna)

SEMPORNA, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Tujuh Komuniti Harapan Malaysia (KHM) akan menjadi rakan strategik Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) daerah Semporna di peringkat akar-umbi.

Tujuh KHM tersebut adalah Komuniti Harapan Malaysia Daerah Semporna – Zon Bandar, Kampung Terusan Tengah Lama, Kampung Kabimbangan, Kampung Tanjung Perapat/Kuala Bibang, Kampung Mentaritip, Kampung Seraya Dan Kampung Bubul Lama.

Pegawai Penerangan Daerah Semporna, Mohd. Syah Kisun berkata KHM yang ditubuhkan akan dipertanggungjawabkan untuk membantu menyampaikan maklumat kerajaan dan memenuhi aspirasi rakyat serta mengimarahkan semangat perpaduan dalam kalangan mereka.

“Sebelum ini KHM dikenali sebagai Kumpulan Pendengar dan Penonton (K2P) pada tahun 1987 dan kemudian pada 1989 namanya ditukarkan kepada Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P), seterusnya dijenamakan semuka kepada Komuniti Bestari pada 2007 sebelum dikenali sebagai Komuniti 1Malaysia pada 2010.

“Ahli jawatankuasa KHM menggalas tanggungjawab besar dalam membantu mengumpul segala maklum balas mengenai harapan, aspirasi serta isu-isu yang dihadapi komuniti setempat.

“Ini penting supaya maklumat dari bawah sampai kepada kerajaan untuk membolehkan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani dan memenuhi harapan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penubuhan Komuniti Harapan Malaysia Daerah Semporna 2019 di Pejabat Penerangan Daerah Semporna, pada Rabu.

Tambahnya, pelaksanaan KHM sebagai rakan strategik kerajaan melalui platform yang disediakan JaPen turut menjadi medium bagi menyemai dan memupuk semangat perpaduan serta toleransi dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

ER

Tinggalkan komen anda