Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Masyarakat Diseru Mendaftar Sebagai Penderma Organ

By 17 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Nadia Lawaji (Kota Kinabalu)

KUDAT, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi menyeru kepada semua pihak yang belum lagi mendaftar sebagai penderma organ untuk berbuat demikian.

Dr Christina bersama Dhinagar dan pasukan Pendermaan Organ merakam kenangan bersama Pengikrar Penderma Organ.

Dr Christina bersama Dhinagar dan pasukan Pendermaan Organ merakam kenangan bersama Pengikrar Penderma Organ.

“Perbezaan yang ketara antara keperluan dan bilangan pengikrar telah mengakibatkan ramai pesakit menunggu lama dan ada yang meninggal dunia sebelum sempat mendapat organ.

“Ekoran ini, ramai pesakit terpaksa mendapatkan organ di luar negara dan lebih buruk lagi, ada pihak yang sanggup menjalankan aktiviti perdagangan organ yang sememangnya bercanggah dengan etika perubatan serta nilai-nilai kemanusiaan,”katanya.

Penyelaras Organ Donation Hospital Kudat, Dicollyn Bobby Damianus(kanan) bersama seorang Pengunjung yang telah berikrar penderma organ.

Penyelaras Organ Donation Hospital Kudat, Dicollyn Bobby Damianus(kanan) bersama seorang Pengunjung yang telah berikrar penderma organ.

Dr. Christina berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada Program Minggu Kesedaran Pendermaan Organ yang dijalankan di Esplanade Sidek Kudat, pada Rabu.

Menurutnya, Minggu Kesedaran Pendermaan Organ dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ kepada masyarakat.

“Program khas Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah dilaksanakan sejak 2010 turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjadi pengikrar penderma organ dan tisu selepas meninggal dunia.

Penyanyi tempatan S.Welly sedang mengisi borang ikrar Pendermaan organ tanda sokongan program ini.

Penyanyi tempatan S.Welly sedang mengisi borang ikrar Pendermaan organ tanda sokongan program ini.

“Matlamat yang ingin dicapai sempena Sambutan Minggu Derma antaranya mendidik masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ, menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat, meningkatkan tahap boleh lihat (visibility) sebaran maklumat pendermaan organ, memudahkan masyarakat untuk mendaftar sebagai pengikrar penderma organ serta menggalakkan masyarakat untuk berbincang tentang pendermaan organ.

Turut hadir, Timbalan pengarah kesihatan negeri (pengurusan), Dr Muharrir Kamarudin; Timbalan Pengarah Hospital Kudat, Dhinagar Selgal Reddy; Pegawai Pergigian Kanan Kawasan, Dr. Zuhty Hamzah dan Pegawai Penerangan Daerah, Nadia Lawaji.

ER

Tinggalkan komen anda