
Laporan/ foto: S. Shalene
BAYAN BARU, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Program Zumba Mahsuri Sepakat Komuniti telah dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya bersama MPKK Mahsuri dan Komuniti Harapan Malaysia Pantai Jerejak.
Program ini telah berjaya menghimpunkan seramai 150 pengunjung untuk turut bersama-sama bersenam dalam acara tersebut.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membudayakan sukan di kalangan rakyat. Program ini merupakan kesinambungan kepada program Fit Malaysia dengan pelaksanaan di peringkat komuniti melibatkan aktiviti kecergasan, senamrobik, zumba dan sebagainya.
Selain itu, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun dan juga pertandingan beyblade turut diadakan dan mendapat sambutan baik di kalangan ibu bapa serta kanak-kanak.
Program Zumba Mahsuri Sepakat Komuniti juga turut dimeriahkan dengan pelbagai pameran agensi kerajaan iaitu Bomba, SPRM, SPR, PTPTN serta taklimat berkenaan Jenayah Siber daripada PDRM.
Menurut Puan Norlia Binti Zakaria, 46 beliau berminat untuk menjadi ahli Komuniti Harapan Malaysia kerana mendapat banyak faedah daripada program-program yang dianjurkan seperti ini yang dapat mengeratkan hubungan pelbagai kaum di negara ini.
=II-