Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Ibu Tunggal Terima Bantuan Rumah TNB

By 30 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

DURIAN TUNGGAL, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Keperihan seorang ibu tunggal yang rumahnya acap kali ditengelami air setiap kali berlakunya banjir akhirnya menemui noktah apabila menerima sebuah rumah sumbangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Kampung Panchor, Durian Tunggal di sini, baru-baru ini.

Pengerusi MPKK Kampung Panchor, Yahya Hassan (tengah) sentiasa mengambil berat urusan kebajikan penduduk.

Pengerusi MPKK Kampung Panchor, Yahya Hassan (tengah) sentiasa mengambil berat urusan kebajikan penduduk.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Panchor, Yahya Hassan, sumbangan daripada TNB ini sebagai tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut.

“Kos pembinaan rumah yang berharga RM50,000 mempunyai berkeluasan 20 kaki lebar dan 32 kaki panjang dilengkapi tiga bilik tidur dan satu bilik air diharap dapat memberi keselesaan kepada penerima.

“Setiap Dewan Undangan Negeri Melaka (DUN) akan diperuntukkan sebiji rumah setahun melalui projek ini dan tahun ni Puan Jamilah Abdul Rahman terpilih dalam DUN Durian Tunggal, beliau seorang ibu tunggal dan menerima sumbangan asnaf.

“Sebagai Pengerusi (MPKK) saya sentiasa mengambil berat berkaitan kebajikan masyarakat di Kampung Panchor selaras dengan hasrat Ahli Undangan Negeri (ADUN) kawasan Durian Tunggal, Datuk Mohd Sofi Wahab yang mahu masalah penduduk diselesai dengan segera dan setiap MPKK perlu proaktif menangani masalah rakyat diakar umbi,” jelas Yahya.

-KN

Tinggalkan komen anda