Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

300 Pakar, Pegawai, Jururawat Perubatan Sertai 6th International Endoscopy Workshop

By 2 November 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidi Jamin(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Lebih 300 peserta terdiri daripada Pakar Perubatan, Pegawai serta Jururawat Perubatan dalam dan luar negara menyertai 6th International Endoscopy Workshop anjuran Jabatan Perubatan Am, Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Bengkel yang berlangsung selama empat hari bermula 31 Oktober di Dewan Auditorium HQE memberi pendedahan kepada para peserta bengkel berhubung perawatan endoskopi yang terkini melibatkan beberapa teknik perubatan dan perawatan tertentu.

4.Peserta bengkel didedahkan dengan teknik perawatan endoskopi bagi mengesan dan mengenalpasti masalah serta perawatan mengikut jenis penyakit.

Peserta bengkel didedahkan dengan teknik perawatan endoskopi bagi mengesan dan mengenalpasti masalah serta perawatan mengikut jenis penyakit.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) Dr. Mohd Fikri Ujang hadir merasmikan bengkel yang turut dihadiri oleh pakar-pakar perubatan daripada fakulti luar negara.

Terdahulu Pengerusi penganjur, Datuk Dr Raman Muthukaruppan Chettiar berkata perawatan endoskopi merupakan kaedah serta prosedur perubatan dengan melihat ke dalam rongga badan untuk tujuan perubatan dengan menggunakan peralatan yang dikenali endoskop.

Endoskopi merupakan kaedah membolehkan doktor melihat ke bahagian tertentu di dalam badan melalui kamera bagi mengenalpasti masalah serta perawatan mengikut jenis penyakit.

Endoskopi merupakan kaedah membolehkan doktor melihat ke bahagian tertentu di dalam badan melalui kamera bagi mengenalpasti masalah serta perawatan mengikut jenis penyakit.

“Kaedah ini membolehkan doktor melihat ke bahagian tertentu di dalam badan melalui kamera bagi mengenalpasti masalah serta perawatan mengikut jenis penyakit.

“Selain untuk pemeriksaan, endoskopi juga dapat digunakan sebagai prosedur pembedahan,”ujarnya.

Mohd Fikri ketika mendengar penjelasan ringkas berhubung peralatan endoskop daripada Dr. Raman (Kanan) serta Dr. William (Ke tiga kanan).

Mohd Fikri ketika mendengar penjelasan ringkas berhubung peralatan endoskop daripada Dr. Raman (Kanan) serta Dr. William (Ke tiga kanan).

Menurutnya, beberapa penceramah melibatkan pakar perubatan daripada luar negara turut dijemput membentangkan kertas kerja masing-masing yang lebih tertumpu berhubung kaedah dan prosedur rawatan sebelum, semasa dan selepas rawatan endoskopi kepada pesakit.

Antara penceramah luar negera yang dijemput pada bengkel termasuklah Dr. Amit Maydeo (India), Dr. Benedict Devereaux (Australia), Dr. Christopher Khor (Singapore), Dr. Ian Yusoff (Australia), dan Dr. Rungsun Rerknimitr (Thailand).

Mohd Fikri (ke tiga dari kanan) ketika melawat tapak pameran sejurus merasmikan bengkel.

Mohd Fikri (ke tiga dari kanan) ketika melawat tapak pameran sejurus merasmikan bengkel.

Manakala pakar tempatan terkenal yang turut membentangkan kertas kerja termasuklah Datuk Dr. Jayaram Menon, Dr. Abraham Mathew George, Dr. Ida Normiha Hilmi serta Mr. Manisekar K Subramaniam.

Hadir sama pada majlis perasmian, Pengarah HQE, Dr. William Gotulis serta Pengerusi Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia, Dr.Tee Hoi Poh.

ER

Tinggalkan komen anda