Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)
ALOR GAJAH, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Kira-kira 300 jemaah menghadiri Majlis Zikir Munajat Asma’ul Husna di Masjid Tun Ghafar Hutan Perca, di sini, semalam.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan kemudiannya diikuti bacaan Asma’ul Husna serta doa sempena Program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan 2019.
Program yang berlangsung selama 4 hari ini bermula pada 31 Oktober hingga 3 November membabitkan 101 peserta pelbagai bangsa seluruh Malaysia yang akan berkampung di Felda Tun Ghafar Hutan Perca, Alor Gajah.
Sebanyak 37 keluarga angkat akan bersama peserta-peserta sepanjang program dan antara pengisian program adalah pemimpin bersama masyarakat, aktiviti kemasyarakatan, sukan rakyat, ceramah dan perkongsian ilmu.
Masjlis Perasmian akan disempurnakan oleh Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka YB Kerk Chee Yee yang mewakili Ketua Menteri Melaka.
-KN