Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Budaya Khatan Beramai-Ramai Eratkan Silaturahim

By 23 November 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Musliha Yusof (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 50 kanak-kanak yang berusia tujuh hingga dua belas tahun telah menyertai program Khatan Perdana yang berlangsung di Masjid Taman Impian Emas, Skudai, pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi ketika menyampaikan ucapan perasmian  menyatakan kesyukuran dengan penganjuran majlis ini yang mana mampu mencetuskan ikatan silaturrahim di antara masyarakat yang beragama Islam di sini.

Tosrin mengingatkan masyarakat setempat sentiasa memelihara ikatan silaturrahim dengan baik.

Tosrin mengingatkan masyarakat setempat sentiasa memelihara ikatan silaturrahim dengan baik.

Tosrin mengingatkan agar masyarakat setempat sentiasa memelihara ikatan silaturrahim dengan baik kerana pelbagai nikmat akan diperolehi oleh mereka yang sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan dan mengeratkan silaturrahim.

Beliau turut menyentuh beberapa berita baik daripada kerajaan Johor yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor semasa Belanjawan Negeri Johor 2020 pada hari khamis yang lalu.

“Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebahagian kewangan tahun hadapan kepada pendidikan agama Islam di mana jawatan guru Tadika Agama Johor (TAJ) yang sebelum ini berstatus kontrak telah dinaikkan kepada gred N19.

Norasfarizan mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa program ini yang prihatin dengan aktiviti kemasyarakatan.

Norasfarizan mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa program ini yang prihatin dengan aktiviti kemasyarakatan.

“Satu kajian juga turut diadakan untuk menilai semula jumlah elaun bagi semua imam masjid dan surau di negeri Johor,” ujarnya lagi ketika menyampaikan ucapan perasmian program Khatan Perdana, di sini, pagi tadi.

Acara khatan bermula dengan pasukan bomba daripada Balai Bomba Skudai mengadakan gimik menyembur air kepada sekumpulan peserta yang berdebar-debar menantikan giliran untuk berkhatan dengan diiringi paluan kompang.

Seramai empat orang pasukan pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah telah memulakan tugas bermula jam 9.00 pagi tanpa sebarang masalah.

Razino mengajak masyarakat setempat agar lebih prihatin dengan keadaan sekeliling bagi membanteras gejala yang berkaitan dengan dadah.

Razino mengajak masyarakat setempat agar lebih prihatin dengan keadaan sekeliling bagi membanteras gejala yang berkaitan dengan dadah.

Norasfarizan Shaarani, 38, yang merupakan ibu kepada salah seorang peserta program memberitahu bahawa program ini merupakan satu acara yang amat bermanfaat kepada semua masyarakat.

“Saya mendapat maklumat mengenai program ini melalui ‘whatsapp‘ dan berminat untuk menyertainya kerana bayaran yang dikenakan adalah murah, mudah dan meriah.

“Walaupun takut, anak saya kelihatan gembira  dengan aktiviti di sini, terima kasih kepada jawatankuasa program yang sangat prihatin dengan aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Turut diadakan pameran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memberi kesedaran tentang bahayanya dadah kepada masyarakat.

Pembantu Anti Dadah Negeri Johor, Mohd Razino Abd Rashid, 39, mengajak masyarakat setempat agar lebih prihatin dengan keadaan sekeliling bagi membanteras gejala dadah.

“Sesiapa yang melihat kejadian penyalahgunaan dadah, boleh terus hubungi kami melalui talian 03-89112233 dan 019-6262233 di mana pegawai-pegawai AADK akan meneliti maklumat yang diberikan dan terus mengambil tindakan sewajarnya,” ujarnya kepada pengunjung yang melihat pameran tersebut.

Seramai lebih kurang 200 orang turut hadir memeriahkan program cuti sekolah ini.

 

-NI-

Tinggalkan komen anda