Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Dakwah Tidak Boleh Dibuat Secara Mendadak, Gelojoh

By 23 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan dakwah Islam itu tidak boleh dibuat secara mendadak dan gelojoh kerana ianya boleh mencacatkan keindahan Islam itu sendiri.

Sairin ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Sairin ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Menurut Yang Di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sairin Karno pendekatan dakwah yang dipraktikkan selama ini perlulah digilap dengan pendekatan baharu yang lebih sistematik sesuai dengan keadaan semasa.

“Gaya dan cara penyampaian serta memberikan ceramah haruslah tidak membosankan supaya audien kita akan lebih tertarik dan seronok agar isi kandungan dakwah itu cepat meresap kepada si pendengar.

2.Antara Ahli Majlis Tertinggi yang hadir pada persidangan kali ini.

Antara Ahli Majlis Tertinggi yang hadir pada persidangan kali ini.

“Sehubungan itu, USIA perlu meletakkan diri ke landasan pembangunan dakwah bersepadu sebagai proses dan matlamat kearah melahirkan umat bertamadun yang berdaya maju,” katanya.

Menurut Sairin, USIA yang sudah pun menjangkau usia 50 tahun pastinya telah menempuh segala liku-liku dan pahit manis perjuangan dalam mengangkat dan memartabatkan agama Islam di negeri ini.

Antara perwakilan yang hadir.

Antara perwakilan yang hadir.

“Dalam konteks pembangunan dakwah, USIA akan terus memperhebatkan kegiatan dakwahnya dengan mengamalkan strategi pendekatan dakwah yang lebih berkesan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.

“Dalam kita menjalankan program kita, perancangan strategi dakwah USIA perlulah selari dengan agenda pembangunan negara yang berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertolerasi dan seimbang.

Antara perwakilan yang hadir.

Antara perwakilan yang hadir.

“Ia bagi melahirkan insan dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan rohani, akhlak,
intelektual, mampu berdikari, berdaya saing, sentiasa melihat ke hadapan sehingga mampu menangani cabaran-cabaran semasa,” ujarnya.

Sairin berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan USIA ke 33 bertempat di Menara USIA pada Sabtu.

Sairin ketika ditemubual pemberita

Sairin ketika ditemubual pemberita

Seramai kira-kira 279 perwakilan, 150 pemerhati yang hadir bersama 45 orang Ahli Majlis Tertinggi daripada 27 bahagian seluruh Sabah selama tiga hari persidangan.

Hadir sama, Pengerusi Tetap Persidangan, Datuk Ismarah Madcasar; Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan, Mohd. Yassin Mohd. Yunus @ Alphomus;Timbalan-Timbalan Yang Dipertua, Datuk Arsit Sedi dan Datuk Mohammad Yusof Apdal; Setiausaha Agung, Datuk Hamzah Mohd. Zakaria serta Ahli-ahli majlis tertinggi USIA.

ER

Tinggalkan komen anda