Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Hayati, Praktik Konsep Rahmatan Lil ‘Alamin – Shafie

By 23 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juslie Bacle/ Mastim Kiriman(Kota Kinabalu)

KENINGAU, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Konsep ‘Rahmatan lil ‘Alamin’ perlu dihayati dan dipraktikkan oleh semua rakyat berbilang kaum dan kepercayaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, gagasan ‘Rahmat Buat Semua’ ini bukan sesuatu yang baharu dan ia telah dilaksanakan lebih 1441 tahun yang lalu oleh Rasulullah S.A.W.

Ketibaan Aidi (kiri) disambut oleh Rasinin (tengah) dan Hassan (kanan).

Ketibaan Aidi (kiri) disambut oleh Rasinin (tengah) dan Hassan (kanan).

“Terdapat sebahagian umat Islam yang memahami agama dan kehidupan beragama tetapi seolah-olah terpisah dengan kehidupan masyarakat lain yang tidak seagama dengannya.

“Golongan ini menghalalkan pembunuhan seperti yang dilakukan oleh golongan ekstremis dan yang tidak menerima agama lain.

Aidi ketika berucap mewakili Shafie.

Aidi ketika berucap mewakili Shafie.

“Melihat senario dunia pula, kita sepatutnya bersyukur dan merasa bertuah kerana Malaysia adalah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan,” katanya.

Tambah beliau, kehebatan Malaysia dalam menyatukan rakyat pelbagai kaum dan agama amat istimewa dan ia juga dapat dilihat di negeri ini.

?????????????????????????Gambar antara tetamu yang hadir pada majlis.

Gambar antara tetamu yang hadir pada majlis.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar dalam Majlis Perasmian Kembara Malaysia Rahmah 2019 Peringkat Negeri Sabah pada Jumaat.

Kembara yang berlangsung selama dua hari itu merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rasinin Koutis; Timbalan Yang Dipertua YADIM, Zulkarnain Abidin dan Pegawai Daerah Keningau, Hassan Mahali.

ER

Tinggalkan komen anda