Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

‘Fire and King Cobra’ Menghiburkan Penduduk Gua Musang

By 21 November 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Mohamad Roslan (Gua Musang)

GUA MUSANG, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Komuniti penduduk Gua Musang terhibur dengan persembahan ‘Aksi Bermain Api’ dan ‘Persembahan Ular Berbisa’ (Tedung Selar) dari ‘Team Fire Of Cobra’, Bachok, Kelantan. Persembahan ini julung kalinya diadakan di Daerah Gua Musang yang dianjurkan oleh Ketua Pemuda dan Ahli Jawatankuasa DAP Cawangan Gua Musang.

Menurut Ketua Pemuda DAP (PH) Gua Musang, Bazrul Aliffuddin Dato’ Mazlan, beliau amat berpuashati dengan pertunjukan dan persembahan ular juga aksi permainan api pada malam ini, beliau amat teruja dan berterima kasih kepada Team Fire Of Cobra Bachok yang dapat datang serta mengadakan persembahan dengan cemerlang dan memuaskan.

“Terima kasih juga kepada pengunjung-pengunjung yang dapat datang, malam ini adalah program perintis, Insyallah pada malam 31 Disember 2019 akan datang bertempat di Perkarangan Pusat Sivik Gua Musang sempena ‘Majlis Sambutan Ambang 2020’ kami akan menganjurkannya sekali lagi,” tambahnya lagi.

Temubual bersama Pengurus Team Fire of Cobra, Lenny Marlina Shamsul, 29, berasal dari Negeri Pahang, beliau amat berpuas hati dan kagum dengan kemeriahan sambutan masyarakat di sini.

“Team Fire of Cobra ini telah ditubuhkan hampir enam tahun bertempat di Pantai Irama Bachok, di mana setiap kumpulan mempunyai tiga orang pemain tetap selain itu kami ada pemain tambahan yang sentiasa mengikuti team kami melakukan persembahan. Kami juga memiliki 20 ekor spesis ular sawa, 4 ekor Sawa Tikus, seekor Ular Sawa Darah dan dua ekor King Cobra dan lima ekor Ular Senduk,” kata Lenny Marlina.

Ketua Pemuda DAP Gua Musang selaku Penganjur program turut bermain dengan Ular Sawa

Ketua Pemuda DAP Gua Musang selaku Penganjur program turut bermain dengan Ular Sawa

“Kami tidak bergantung kepada persembahan ular semata-mata, kami juga mengadakan persembahan aksi api seperti aksi api ‘Ring’, ‘Fire Poi’, Batang Bara, Rantai Bara, Roda Berapi dan Bunga Api, ini yang akan kami persembahkan malam ini” katanya lagi.

Sementara itu Mat Harun, 54, dari Rantau Panjang, Kelantan berkunjung ke Gua Musang semata-mata mahu menyaksikan persembahan ini berkata amat rugi sekiranya kita tidak datang menonton aksi kerana persembahan ini percuma dan jika bernasib baik boleh pulang dengan hadiah cabutan nombor bertuah.
Manakala Adik Nor Ainasidatun Mohd Razali, 12, seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Gua Musang pula berpendapat bermain ular dan aksi api ini amat berbahaya dan boleh melibatkan kemalangan, kita perlu ada kemahiran dan sentiasa berwaspada untuk mengelakkan dari sebarang risiko.

Pertunjukan ular turut diselangi dengan 10 cabutan nombor bertuah sebelum aksi bermain api dan pesembahan akhir pada malam itu ialah pertunjukan bermain ular berbisa ‘King Cobra’.

Persembahan bermula tepat pukul 9.00malam dan berakhir pukul 12.30 tengah malam bertempat di Markas DAP (PH) Kampung Baru Gua Musang telah mendapat sambutan seramai hampir 200 orang komuniti setempat.

– NAZ

Tinggalkan komen anda