Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Amalan Demokrasi Berparlimen Fokus Pelajar Sekolah

By 21 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Memberi pendedahan dan pengalaman sebenar mengenai amalan demokrasi berparlimen antara objektif utama kepada penganjuran Kembara Kelab Malaysiaku ke Parlimen Malaysia.

Program yang melibatkan para pelajar Kelab Malaysiaku SMK Munshi Abdullah ini merupakan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah dan Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah telah disertai 40 orang pelajar tingkatan empat.

Menurut Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku, Azam Sharani, 45, berkata program seperti ini adalah satu program ilmiah yang berguna kepada para pelajar dalam memberikan gambaran sebenar semasa Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara sedang bersidang.

“Pihak sekolah sentiasa menghargai inisiatif dan kerjasama Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Melaka dalam membantu para pelajar terutamanya tingkatan empat yang akan mempelajari modul sistem demokrasi ini kelak,” ujarnya.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Samion turut berkata bahawa menjadi tanggungjawab JaPen dalam memastikan dasar-dasar kerajaan yang diutarakan oleh kepimpinan tertinggi negara diselaraskan kepada semua generasi tanpa mengira tanpa umur dan kaum.

“Pada kali ini JaPen telah memfokuskan para pelajar sekolah terutamanya ahli Kelab Malaysiaku untuk diberikan pendedahan awal supaya perkara ini dapat dipraktikan kelak kerana generasi muda ini akan menjadi penentu pada masa hadapan negara untuk menjadi lebih maju atau sebaliknya,” katanya.

Turut hadir meluangkan masa kepada para pelajar adalah Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

-KN

Tinggalkan komen anda