Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kerajaan Utamakan Kesihatan Kumpulan B40

By 5 November 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam/ Suhaili Farahin (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 5 Nov (Malaysiaaktif) – Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau PeKa B40 merangkumi pemberian percuma perkhidmatan saringan kesihatan, bantuan perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.

Bagi memastikan golongan B40 di daerah Batu Pahat memahami dengan terperinci berkaitan skim ini, Exco Kesihatan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar telah mengambil inisiatif mengadakan Taklimat Peduli Kesihatan Kumpulan B40 dan Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Batu Pahat.

Dr. Shamsul Maali menyampaikan taklimat  Peduli Kesihatan Kumpulan B40.

Dr. Shamsul Maali menyampaikan taklimat Peduli Kesihatan Kumpulan B40.

Seramai lebih 200 orang terdiri daripada ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), jabatan kerajaan dan swasta telah menghadiri taklimat ini bagi membolehkan mereka memahami manfaat skim ini dan mengenalpasti golongan yang sewajarnya mendapatkan bantuan ini secara menyeluruh.

PeKa B40 merupakan satu inisiatif kerajaan bertujuan untuk menampung keperluan penjagaan kesihatan bagi golongan berpendapatan rendah.

“Penerima bantuan sara hidup dan pasangan adalah layak secara automatik dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran asalkan mereka berusia 50 tahun ke atas pada tahun 2019 ini,” katanya.

Seramai lebih 200 orang hadir mendengar taklimat ini bagi membolehkan memahami manfaat skim yang diberikan oleh kerajaan.

Seramai lebih 200 orang hadir mendengar taklimat bagi membolehkan mereka memahami manfaat skim yang diberikan oleh kerajaan.

Tambah beliau lagi, dalam belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi fasa pertama perlaksanaannya di mana 800 ribu orang layak menerimanya.

“Bagi individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100 ribu (bukan penerima BSH) akan menerima bayaran penyakit kritikal sebanyak RM4000 dan elaun hospital kerajaan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksima 14 hari apabila didiagnos dan dimasukan ke hospital kerajaan,” ujarnya lagi.

Pelbagai pengisian menarik disusun sepanjang program ini berlangsung, diantaranya ialah Taklimat Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) oleh Penolong Pegawai Penerangan Cawangan Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia Norisam Sahidan, Taklimat Peduli Kesihatan Kumpulan B40 oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr. Shamsul Maali dan Taklimat Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam oleh Penolong Pengarah Pembangunan Skim mySalam, Muhammad Daniel Adam Janudin.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang Ir. Khairuddin A Rahim.

 

-NI-

Tinggalkan komen anda