Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Sukan Rakyat Tarik Generasi Muda

By 5 November 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fauziah Abdullah/Muhammad Luqmanul Hakim Azmi (Seremban)

SEREMBAN, 5 Nov (Malaysiaaktif) – Sukan rakyat terus mendapat tempat dalam sambutan Bulan Sukan Negara (BSN), kemeriahannya dirasai dengan penglibatan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai generasi termasuk golongan muda.

Program Sukaneka Kampung anjuran bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kampung Mantin Dalam serta Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Taman Andalas ini mengetengahkan pelbagai acara sukan rakyat sekaligus menarik generasi muda untuk turut serta.

Pengerusi Jawatakuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan Arul Kumar Jambunathan, berkata penglibatan semua golongan dalam penganjuran sesuatu program adalah amat penting agar usaha mengeratkan hubungan dan perpaduan di kalangan penduduk kampung dapat dicapai.

WhatsApp Image 2019-11-04 at 07.58.44 (1)

Acara sukan rakyat berlangsung dengan meriah.

“Penglibatan generasi muda dalam sesuatu aktiviti perlu dititikberatkan dan kita tidak mahu hanya golongan tertentu sahaja yang bergiat aktif dalam program yang dianjurkan bagi memastikan mesej dan manfaat yang disediakan oleh kerajaan dapat dihayati oleh semua peringkat umur.

“Kerajaan negeri juga komited dalam membantu penganjuran program yang memberikan manfaat kepada rakyat disamping berusaha menaiktaraf kemudahan-kemudahan komuniti seperti balairaya, padang dan sebagainya,” katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai.

Acara boling buah kelapa, baling bola dalam baldi, tiup gula-gula dalam tepung dan isi air dalam botol adalah antara acara sukan rakyat yang telah dipertandingkan pada penganjuran Sukaneka Kampung Mantin Dalam kali ini.

-AK

Tinggalkan komen anda