Skip to main content
MASains & Teknologi

#khabarbaik Untuk Pelanggan unifi Mobile

By 1 November 2019Tiada komen2 minit bacaan

KUALA LUMPUR – Mengotakan janji untuk membawakan lebih banyak #khabarbaik, unifi, jenama Konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), mengumumkan usahasama dengan Butterfingers, sebuah band rock dan grunge lagenda tanah air, untuk menganjurkan konsert bagi meraikan ulang tahun ke-20 album ketiga mereka, Transcendence.

Sebagai tanda penghargaan buat semua pelanggan, unifi akan menawarkan satu tiket percuma bagi menyaksikan Konsert Transcendence 20 Tahun dengan setiap langganan pelan pascabayar unifi Mobile; unifi Mobile 99 / unifi Mobile 59 / unifi Mobile 39 / unifi Mobile 19 semasa kunjungan #khabarbaik unifi Tour yang akan bermula awal Oktober nanti. Lebih menarik, pelajar-pelajar juga berpeluang untuk meluangkan masa bersama anggota-anggota band ini di beberapa kampus terpilih.

“Butterfingers menjadi antara penggerak utama dalam memperkasa impian band-band indie tempatan kepada sesuatu yang lebih besar. Seperti juga band berkenaan, #khabarbaik berhasrat untuk menjadi sebuah gerakan yang memperkasakan pelanggan unifi – pengguna di rumah, usahawan, dan pemilik perniagaan – untuk mencari inspirasi positif dengan menggunakan produk serta perkhidmatan kami yang intuitif serta inovatif,” jelas Pemangku Naib Presiden Eksekutif unifi, Moharmustaqeem Mohammed.

WhatsApp Image 2019-10-23 at 7.08.49 PM (1)

Konsert Transcendence 20 Tahun Butterfingers yang dikuasakan oleh unifi bakal menyaksikan penyatuan semula ahli-ahli band ini, yang terdiri daripada Emmet, Kadax, Loko, dan LoQue, buat kali pertama sejak persembahan terakhir mereka pada 2016. Konsert penuh yang bakal berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, pada Sabtu, 2 November 2019 ini bakal menghidupkan semula memori 20 tahun dahulu ketika mereka mengadakan persembahan di tempat yang sama.

Ketika persembahan pentas yang dinanti-nantikan itu, peminat boleh menjangkakan Butterfingers akan mendendangkan antaranya lagu The Chemistry (Between Us) dari album Transcendence serta lagulagu hits lainnya dari era grunge band berkenaan.

Maklumat lanjut berkaitan jelajah dan peraduan lain yang menarik akan diumumkan melalui laman media social unifi – facebook.com/weareunifi (Facebook), twitter.com/unifi (Twitter), dan Instagram.com/unifi (Instagram).

Tinggalkan komen anda