Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Konsep Rakyat dan Raja Berpisah Tiada Dijulang

By 14 November 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Program Diskusi Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan telah berlangsung pagi tadi bertempat di Universiti Institut Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka.

Program khas ini melibatkan golongan mahasiswa yang menuntut di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/IPTS) dan juga Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Wong Fort Pin memberi ucapan dalam majlis tersebut.

Wong Fort Pin memberi ucapan dalam majlis tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Mohd Rizal Hashim, program ini telah diperkenalkan sejak tahun 2015 dan dilaksanakan secara bergilir-gilir dengan ditetapkan kepada empat negeri sahaja untuk pelaksanaan program ini. Melaka terpilih sekali lagi untuk melaksanakan program ini pada tahun ini selepas kali terakhir program ini dijalankan di Melaka pada 2017 yang mana Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menjadi tuan rumah ketika itu.

“Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melihat corak pemikiran pemimpin masa depan dengan melihat sejauh mana pandangan, harapan dan keyakinan para belia terhadap Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen,” katanya.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wong Fort Pin, semasa ucapan perasmian berkata, kebanyakan daripada kita tahu dan faham bahawa Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Namun, masih banyak lagi ruang untuk kita bersama menghayati bagi meningkatkan pengetahuan bagi memudahkan kita sebagai rakyat memainkan peranan yang sewajarnya.

“Rakyat dan Raja Berpisah Tiada, itulah konsep yang kita warisi sejak dulu dan perlu terus dijulang. Hari ini, kita berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat dalam era dunia tanpa sempadan ini.

Pelajar-pelajar mewakili Institutsi pengajian tinggi membahaskan intipati Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

Pelajar-pelajar mewakili Institutsi pengajian tinggi membahaskan intipati Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

“Dalam kalangan generasi kini, kemungkinan ada yang kurang berminat mengenai dasar –dasar negara dan juga konsep demokrasi ini. Selaras dengan usul pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat dan juga telah diluluskan.

“Serba sedikit ianya dapat diperluaskan dan mencapai apa yang dikatakan sebagai ‘international best practice’ dengan memberikan sokongan sepenuhnya bahawa mereka yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk mengundi. Saya turut memuji usaha berterusan Jabatan Penerangan yang dilhat kerap menjalankan aktiviti bersama pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Melaka termasuklah mengadakan taklimat dan simulasi pilihanraya kepada bakal-bakal pengundi dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Pada hari ini, saya juga difahamkan pihak SPR turut membuka kaunter pendaftaran dan semakan pengundi.

“Saya percaya usaha yang ingin disampaikan oleh Jabatan Penerangan kepada setiap lapisan masyarakat dan umur juga harus diberikan penghargaan bagi melahirkan satu generasi baru yang memahami konsep cinta akan tanahair,”ujarnya.

-KN

Tinggalkan komen anda