Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Langkah Persediaan Tahun Melawat Malaysia 2020

By 2 November 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Norhaidah Md Esa (Port Dickson) 

PORT DICKSON, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Sebanyak 10 agensi dengan kekuatan 225 anggota telah terlibat dalam operasi bersepadu agensi keselamatan Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN), Datuk Seri Aminuddin Harun berkata operasi berkenaan merupakan latihan dalam memastikan semua agensi bersedia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020).

Operasi bersepadu di salah satu lokasi.

Operasi bersepadu di salah satu lokasi.

“Gabungan agensi ini menunjukkan bahawa dalam apa jua keadaan, semua agensi mampu melakukan operasi dengan baik dan ini merupakan kolaborasi yang cukup mantap,” ujarnya.

Operasi bersepadu yang berlangsung selama lima jam itu melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Negara (RELA), Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Pemeriksaan dokumen dijalankan semasa operasi.

Pemeriksaan dokumen dijalankan semasa operasi.

Seramai 19 daripada 189 warga asing yang diperiksa telah ditahan dalam operasi berkenaan.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Nordin Ibrahim berkata mereka yang ditahan adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) ysng terdiri darioada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.

“Kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 antaranya Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa, Seksyen 6(1)(c) iaitu tiada dokumen sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dan akan dibawa ke Depoh Tahanan Lenggeng, Seremban,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, di sini.

Turut hadir, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusof dan Pegawai Daerah Port Dickson Khairy Maamor.

-AK

Tinggalkan komen anda