Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Politeknik KK Kekal Cemerlang MS ISO 9001:2015

By 10 November 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:Siti Mariam Aziz Rashid (Kota Kinabalu) 

KOTA KINABALU, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mengekalkan kecemerlangannya dalam sistem pengurusan kualiti penyediaan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), selepas ia diberikan status pensijilan semula MS ISO 9001:2015 di sini, pada Jumaat. 

Pengarahnya, Ts. Zainab binti Othman berkata, pensijilan itu diterima daripada Sirim selepas proses audit selama tiga hari dijalankan mulai 6 hingga 8 November oleh Sirim QAS International Sdn. Bhd. 

Beliau berkata PKK komited sepenuhnya untuk mengekalkan dan terus cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan di peringkat Sijil dan Diploma dalam Kejuruteraan, Perdagangan dan Hospitaliti.

“Ini sejajar dengan matlamat PKK untuk menjadi Institusi TVET yang unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, seterusnya melahirkan modal insan berkualiti tinggi dan inovatif yang memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja hari ini, “kata Zainab semasa mempengerusikan mesyuarat penutupan audit tersebut. 

Pelaksanaan audit tiga hari itu diketuai oleh Madam Kho Yeck Lan dan dibantu oleh Mary Ngu Toh Ing.  Audit pensijilan semula itu merangkumi skop perkhidmatan pendidikan di peringkat sijil dan diploma dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti.

MS ISO 9001:2015 adalah pengiktirafan yang meletakkan penanda aras kecemerlangan untuk sesebuah organisasi berdasarkan pelaksanaan sistem pengurusan yang berkualiti dan pematuhan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.  

Menerusi pensijilan MS ISO 9001:2015, dapat membantu menambah nilai dan meningkatkan imej sesebuah organisasi.

PKK mula mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000 pada 4 Disember 2007 sejak ia ditubuhkan pada tahun 1996. Mulai tahun 2017, penilaian kualiti sistem pengurusan PKK telah dilaksanakan di bawah versi terkini MS ISO 9001:2015.

ER

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda