Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Taklimat Belanjawan 2020 Beri Kefahaman

By 4 November 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan/ Nur Fariza Farnoh (Melaka)

ALOR GAJAH, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Ketika pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan telah mengumumkan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM297 bilion, peningkatan RM19.5 bilion berbanding RM277.5 bilion bagi 2019.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma juga diadakan bagi membantu masyarakat membuat saringan kesihatan.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma juga diadakan bagi membantu masyarakat membuat saringan kesihatan.

“Sebanyak RM241 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala RM56 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, ujar Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah,  Salina Hasan@Abd Rashid ketika memberi taklimat belanjawan 2020 di Program Sepakat@Komuniti  Peringkat Alor Gajah bertempat di Mydin Pulau Sebang di sini, baru-baru ini.

Katanya lagi, “Kementerian Kewangan telah menyediakan satu belanjawan yang mencerminkan kekukuhan pentadbiran negara dengan ekonomi negara dijangka tumbuh pada kadar 4.7 peratus dan akan meningkat kepada 4.8 peratus pada 2020.

“Jabatan Penerangan diberi tanggungjawab penting dalam memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan belanjawan 2020 supaya mereka benar-benar memahami dasar kerajaan pada hari ini,” ujar Salina.

Dalam program yang sama, Pegawai Daerah Alor Gajah, Rahizi Ranom semasa merasmikan program tersebut berkata pelaksanaan program telah disusun secara bersepadu dipenuhi dengan pelbagai acara untuk manfaat masyarakat dan pengunjung Pasaraya Mydin Pulau Sebang.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan turut serta dalam program Sepakat@Komuniti Peringkat Daerah Alor Gajah.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan turut serta dalam program Sepakat@Komuniti Peringkat Daerah Alor Gajah.

“Program yang berlangsung selama dua hari ini berkonsepkan mesra rakyat dengan pelbagai aktiviti diadakan seperti Pertandingan Mewarna, Memasak Asam Pedas, Bintang Patriotik, segmen wacana ilmu daripada Jabatan Penerangan mengenai Belanjawan 2020 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 serta pembabitan Pejabat Kesihatan mengenai PEKAB40, Agensi Antidadah Kebangsaan dan i-Suri daripada KWSP.

“Selain itu juga, pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi berperanan dalam mendidik dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat berkaitan dasar-dasar kerajaan yang mana matlamatnya hanyalah untuk kesejahteraan rakyat,” kata Rahizi.

-KN

Tinggalkan komen anda