Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

WWF Saran Tubuh Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar

By 14 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Mastim Kiriman (Kota Kinabalu) 

KOTA KINABALU, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia, menyarankan penubuhan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar kepada pihak penguasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Konservasi WWF Malaysia, Henry Chan terdapat keperluan dalam penubuhan biro berkenaan bagi menyelaras fungsi jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam memelihara hidupan liar.

“Jenayah berkenaan hidupan liar diurus oleh jabatan yang berlainan seperti Jabatan Hidupan Liar menangani isu mengenai spesis yang hidup di darat sementara penyu dilindungi oleh Jabatan Perikanan.

“Sekiranya biro jenayah hidupan liar berjaya ditubuhkan dan menjadi sebahagian dari kawalan pihak penguasa polis, kesemua agensi terbabit dapat diselaraskan serta kita juga dapat berkerjasama dengan Polis Antarabangsa (interpol),” katanya.

Menurutnya, kerjasama dengan interpol adalah penting kerana Malaysia terlibat dalam jenayah antarabangsa membabitkan hidupan liar memandangkan hutan simpan yang besar dan masih mempunyai banyak spesis haiwan liar yang dilindungi.

Tambah Henry, beberapa inisiatif lain turut dilaksanakan seperti kerjasama dengan beberapa negara luar seperti Vietnam, Laos dan Afrika dalam memastikan spesis terancam di negara ini tidak diperdagangkan.

Henry berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd, Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, pada Khamis.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut adalah Pengerusi WWF Malaysia, Tungku Ali Redhauddin Ibni Tungku Muhriz.

ER

 

Tinggalkan komen anda