Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

48 Premis Makanan Diarah Tutup Sepanjang 2019

By 20 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/RTM Labuan (Labuan)

LABUAN, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Sebanyak 48 premis makanan dikenakan tindakan penutupan premis bagi tujuan pembersihan oleh Jabatan Kesihatan Labuan bagi tahun 2019 berbanding hanya 25 premis pada tahun lalu.

Menurut Pengarah Kesihatan Labuan Dr. Ismuni Bohari, sebanyak 82 kompaun telah dikeluarkan tahun ini, meningkat 134% berbanding 35 kompaun dikeluarkan pada 2018.

“Peningkatan kompaun ini disebabkan masih ramai pengusaha makanan tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di dalam pengendalian makanan di premis-premis makanan dan Ini menunjukkan status kebersihan premis-premis makanan di Labuan perlu dipertingkatkan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan Operasi Penjualan Makanan di Pasaran Sempena Hari Natal 2019, di sini pagi tadi.

Pegawai dari Jabatan Agama Islam Labuan turut serta dalam operasi ini.

Pegawai dari Jabatan Agama Islam Labuan turut serta dalam operasi ini.

Jelasnya lagi, Sebanyak 4,568 bilangan makanan dengan nilai RM13,383 telah dirampas iaitu meningkat 558% berbanding 694 bilangan makanan tahun lalu.

“Peningkatan rampasan ini disebabkan isu pelabelan dan akuan nutrisi yang tidak mematuhi peraturan, penjualan makanan yang telah melepasi tarikh luput dan makanan telah rosak.

“Dibawah Peraturan 14(9)(b) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menjual makanan yang telah melepasi tarikh luput adalah suatu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun di bawah peraturan 397(2) peraturan yang sama atau boleh dikompaun sehingga RM3,500.00,” jelasnya lagi.

Mengulas mengenai operasi tersebut, Ismuni berkata operasi itu melibatkan empat pasukan seramai 42 pegawai dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Labuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Unit Kesihatan dan Bahagian Penguatkuasaan Perbadanan Labuan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.

“Hasil operasi yang dijalankan di beberapa pasaraya sekitar Labuan mencatatkan jumlah rampasan sebanyak 403 item bernilai RM2,499.88 atas beberapa kesalahan seperti tidak mematuhi pelabelan, melepasi tarikh luput, makanan rosak dan pembungkusan,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda