Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Atlet Cemerlang Politeknik Merlimau Dirai

By 21 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rozer Masudin (Merlimau)

MELAKA, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mengadakan PMM Co-Curricular Awards 2019 bagi meraikan para atletnya yang cemerlang di pentas sukan sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Menurut Pengarah PMM Rosli Hamid, program tersebut merupakan anjuran Unit Sukan, Ko-kurikulum dan Kebudayaan yang dianjurkan secara dwitahunan.

“Untuk rekod, kali pertama program seumpama ini dilaksanakan adalah pada tahun 2011 dan diteruskan pada tahun 2015 serta pada tahun 2017. Bagi tahun 2019 ini, merupakan edisi yang keempat penganjurannya.

“Bagi anugerah pada kali ini, kelainan yang ditonjolkan ialah dari segi kategori pencalonan yang telah ditambah iaitu merangkumi anugerah kategori kebudayaan dan unit beruniform,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Menurut beliau lagi, majlis tersebut diharap dapat memberi galakkan dan dorongan kepada para pelajar dan pegawai untuk mencipta kejayaan yang lebih lagi pada masa hadapan.

Amalul Hazim Nasarrudin, pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah dinobatkan selaku Olahragawan PMM 2019 atas pencapaian yang memberangsangkan selaku atlet ragbi kebangsaan antaranya pingat perak acara ragbi Sukan SEA Filipina 2019, tempat kelima keseluruhan Ragbi Sukan Asia Palembang 2018 dan johan beberapa kejohanan ragbi pada peringkat kebangsaan sepanjang tahun 2018 dan 2019.

Manakala Miza Alwani Mohamad Yusof pula dinobatkan sebagai olahragawati PMM kerana pencapaian beliau dalam sukan bola jaring pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa bersama pasukan Politeknik Merlimau dan Politeknik Malaysia.

-SH

Tinggalkan komen anda