Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Bantuan Persekolahan Ringankan Beban Golongan Kurang Berkemampuan

By 4 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto:  Abd.Aziz Osman/ Ariza Mohd. Zaki

BUKIT MERTAJAM, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Memahami beban yang terpaksa digalas ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah telah mengadakan program Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Parlimen Bukit Mertajam.

Bantuan disampaikan oleh Adun Machang Bubok, Lee Khai Loon. Menurut beliau dalam ucapannya berkata, “Kerajaan amat prihatin tentang kegusaran ibubapa yang kurang berkemampuan dalam memikirkan persiapan persekolahan anak-anak, terutamanya yang mempunyai anak yang ramai ditambah lagi peningkatan kos peralatan persekolahan yang mahal.”

Ucapan oleh Adun Machang Bubok, Lee Khai Loon

Ucapan oleh Adun Machang Bubok, Lee Khai Loon

Ibu bapa perlu memberi keutamaan kepada pendidikan anak-anak demi masa depan mereka. Selain bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, beliau juga mengambil inisiatif sendiri dengan bergandingan bersama beberapa syarikat korporat dan telah berjaya mengumpul dana bagi bantuan awal persekolahan.

“Sebanyak 480 baucer telah berjaya diagihkan kepada golongan keluarga yang memerlukan pada ahad lalu bertempat di Pusat Khidmat Rakyat beliau,” ujarnya.

Penyampaian bantuan kepada penerima

Penyampaian bantuan kepada penerima

Beliau sekali lagi diberi penghargaan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyampaikan bantuan ini bertempat di Dewan Orang Ramai Jalan Kolam,Cherok To’kun. Beliau juga berharap penerima sumbangan menggunakan ia bagi tujuan peralatan persekolahan anak-anak dan tidak menggunakannya bagi tujuan lain.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah Seberang Perai Tengah, Baizlin Hasbi berkata, “Sebanyak RM93 ribu telah diperuntukkan bagi tujuan bantuan persekolahan di daerah Seberang Perai Tengah ini. Bantuan ini akan diagihkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan dan mempunyai tanggungan persekolahan yang ramai sehingga menjelang waktu pembukaan sesi persekolahan tahun hadapan.

Penyampaian bantuan kepada penerima

Penyampaian bantuan kepada penerima

Bantuan disampaikan secara wang tunai antara RM180 hingga RM480 mengikut bilangan tanggungan anak yang bersekolah. Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah turun sendiri ke rumah-rumah keluarga ini bagi menyampaikan bantuan memandangkan ada ibu bapa yang tidak dapat hadir menerima bantuan berkemungkinan kekangan kerja dan sebagainya. Seramai 97 keluarga telah hadir menerima sumbangan daripada 262 jumlah keseluruhan penerima.

Salah seorang penerima bantuan, Mohamad Hasan Awang, bersyukur kerana ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti beliau. Beliau berkata, “Dengan adanya bantuan ini, ia dapat mengurangkan beban beliau dalam membeli keperluan persekolahan anak-anaknya bagi memulakan persekolahan nanti.

-II-

Tinggalkan komen anda